Wednesday, December 4, 2013 at 11:36 PM | 0 comments  
4 may 2009 - 30 november 2013

hampir 5 tahun gak aku keje kat SCAN Associates Berhad ni. rase macam baru tahun lepas aku start. jadual kerja agak aneh iaitu 2 hari kerja 2 hari cuti, bermakna sebulan aku keje 15 hari. dalam sehari, betol2 buat kerja dalam 4-5 jam. maka amat logik jika aku merasakan baru bekerja selama setahun. silap2 hanya 8 bulan.

banyak yang aku pelajari disini. antaranya bagaimana menembak zombie, teknik menentang pengganaz selaku counter terorrist, cara2 mengular dengan berkesan, donlod muvie dengan kepantasan bunyi, dan paling agong adalah meng-hijack status facebook member tatkala beliau terlupe logout. sayangnya, aku terlupa memasukkan kesemua item2 berharga itu ke dalam latest resume. kalau tak, pasti aku dah pegang jawatan Project Manager di Petronas skarang.

dalam team aku memang ramai senior. ada yang dah kerja 8 tahun. jadi perasaan time last day tu amat sukar digambarkan. Khairil Anwar musti keluar ke tandas selang sejam. mungkin dia curi2 nanges. mungkin. Nik Syamsuria awal2 hidung da merah. aku tak tau dia sedih ke atau selsema. namun aku yakin air mata Nur Adibah Najihah ada mengalir. dan jumlahnya menyamai botol susu kecik anak aku. aku? aku macam biasa. senyum kontrol kool. imej rockerz beriman harus dikekalkan.

sambutan hari2 terakhir dijalankan 2 malam berturut-turut. malam first kami makan di al-rawsha ampang dengan membawa keluarga masing2. sementara kaum ibu dan wanita menunggu makanan sambil bergosip di meja, kaum bapa mengambil kesempatan membawa anak2 bermain di playground, hampir dengan meja. situasi aneh ini jarang dijumpai dalam kancah masyarakat sekarang. lelaki bujang juga turut serta dalam usaha membangkitkan kesedaran sifat2 mahmudah seorang bapa di dalam diri. namun sebiji gelongsor comel di situ hampir ranap dinaiki Wan Aizat yang merasakan berat beliau hanya 43kg.


tengok gamba kat atas ni. info tambahan, budak kecik kat tengah yang bergambar dengan Syafiq tu adalah anak aku. mungkin beliau merasakan tak berapa market berposing seorang diri.

keesokannya, hari terakhir bekerja, banyak dihabiskan dengan perbuatan mengular yang tidak berpenghujung. makan, main game, bersembang dan makan semula menjadi aktiviti wajib. tapi yang menjadi paling wajibul ghunnah adalah menangkap gambar. aura perpisahan terasing makin terasa, maka gambar2 yang hendak diabadikan harus ada ciri2 autentik dan bombastik.

dibawah adalah gambar paling seni yang dapat diambil, diinspirasikan oleh boyband zaman 90an seperti BackstreetBoys. menggunakan henset samsung Nurul Izzah, gambar menjadi tak berapa nak clear. tapi disebabkan cahaya keinsafan semua orang yang begitu menyerlah, maka pixel yang terhasil masih dapat diterima akal yang waras. aura kesesatan Hariz Zhafri paling tertonjol disini, selaku ketua geng 6 jahanam.




malam itu, dinner kami ditaja SCAN bertempat di Putrajaya Seafood, tepi tasik. suasana romantik yang cuba dicipta oleh kapel2 sebelah-menyebelah, berjaya dihancurkan oleh riuhnya table kami. dengan tahap desibel yang hampir tak terkawal, kesemua makanan berjaya ditewaskan oleh tekak masing2. senda gurau masih diteruskan walaupun mengundang riak muka jelez daripada pelayan2 disitu. aku mengagak team pelayan tersebut tak semeriah team kami. aku yakin.

sesi bergambar rasmi pada malam itu, yang tidak diinspirasikan oleh mane2 boyband, ditamatkan dengan masing2 bersalam berpeluk bercium berpesan2 namun tiada yang bertumbuk. alhamdulillah. aku masih senyum. kelat.

tipu itu suatu dosa. sebab tu aku tak nak tipu dengan bersifat munafik mengatakan aku tak sedih. aku sedih. tapi yang paling sedih, 2 hari selepas dinner ni, aku da start keje baru. bile aku nak rehat woi!!!???



p/s : the ohsem Team B....Razaidy, Nur Adibah Najihah the pening gurl, Redza sang imam, Anas yang kecoh, Syafiq atokmalaya acacacai, Suria touch down, Izzah penjepunan, Wan Aizat si toyol, Hariz the zunge, n lastly Khairil Anwar the best team leader....thanx guyz~
Posted by anep@kecixz
Friday, November 29, 2013 at 12:47 PM | 2 comments  
ok, tajuk di atas agak misleading....tajuk yang sebenar adalah "AKU KAHWIN". ya, 3 tahun yang lepas 27 November 2010 aku bernikah dengan rasminya dan menjadi suami yang mihtali. aku dinikahkan time asar oleh seorang ustat yang aku tak ingat name die. ustat ni memang hebat. ustat yang seorang berjaya membuat berpuluh2 orang jadi gelabah dan kelam-kabut. dengan selambe dia tukar waktu nikah aku dari pukul 11 pagi ke pukul 4 petang, last minit. heh, mmg saje nak buat aku berpeluh ustat ni.

antara yang aku ingat, dalam khutbah nikah tu, die sarankan agar suami isteri mandi bersama. lebih erat katanya. mungkin die nak buktikan kata2 dia, dengan penoh kompiden die toleh ke arah bapak mertua aku dan shoot soalan cepu mas.

"pakcik penah mandi bersama dengan makcik?"

loh, bapak mertua aku terkulat2 dengan suasana getir yang dihadapinya. lantas mak mertua aku yang duduk tidak berjauhan, tampil menyelamatkan keadaan dan maruah suaminya.dia jawab "pernah". hadirin yang lain aku tengok ade yang berharap supaya ustat bertanya soalan sama kepada mereka pulak, namun mungkin mereka tak berapa bertuah.

tiba part salam nikah, aku request tak perlu berlatih rehearsal bagai. nampak sangat tak sabonye aku ni. ape plak, penat aku prektis depan cermin hari2, nak prektis ape lagi. maka aku buktikan kepetahan aku dengan skali lafaz, dan sah lah aku menjadi seorang suami. tanpa mempedulikan 2-3 ekor awek yang menjeling2 manja, aku teros sembahyang sunat kat saf depan. fotografer plak sebok amek gambo time aku solat, terpaksa aku kontrol gerak-geri dengan penuh berhemah. saje nak buat aku tak khusyuk la tu. ceh

malam pernikahan itu adalah malam paling membahagiakan. setelah siap aku mandi basuh kaki sume, dengan penoh berhati2 aku melangkah ke kamar tidur. aku pastikan setiap langkah aku disusun kemas. sambil mengimbangkan badan, aku rebahkan badan ke katil se'gentle' yang mungkin. selimut aku tarik perlahan...lantas.....

lantas aku tido la!!! penat woi kesana kesini, esok nak kenduri bersanding lagi. oh lupe nak bagitau, aku tido hotel sensorang malam nikah tu. bini aku kat umah bapak die. hehe. esok malamnye, barulah sebumbung secara rasmi. tapi tu aku maleh nak cite.

dipendekkan cite, skang da tiga tahun kawen, da ade sorang anak, dan ade lagi satu on the way. cite banyak tak guna. aku ada buat lagu untuk anniversary kitorang. lagu terencat. layan video kat bawah. zaassss!!

k3cix - MAGGI ITU MILIK KITA


k3cix - LAPARMU LAPARKU JUA



Posted by anep@kecixz
Friday, November 22, 2013 at 12:36 PM | 0 comments  
selaku anak bongsu soleh dengan didikan agama yang cukup, tidak pernah terlintas di kepala otak aku untuk berbuat perkara yang boleh memalukan keluarga. tapi apabila kemahuan dan kehendak aku bertentangan dengan peraturan dan sosio norma kehidupan keluarga, maka sedikit perincian jenayah harus dilakukan.

antaranya merosakkan radio lalu berlari ke rumah jiran bagi mendapatkan bukti alibi, menggemparkan taman dengan kehilangan aku yang sebenarnye sedang sabar menunggu durian jatuh, membakar langsir rumah dengan niat murni untuk menghalau nyamuk dan macam2 lagi.

tapi aktiviti paling banduan pernah aku buat adalah keluar rumah di tengah malam hanya untuk sesuap teh tarik. kenapa aku cakap paling banduan? mungkin kat umah orang lain, memang senang nak keluar malam tapi tidak di rumah aku. aku kene cabut wayar tepon supaya tak berbunyi tgh malam dan mengantoikan kelesapan aku, sendal pintu dengan suratkhabar agar senang masuk balik sesenyap mungkin, keluar ikut tingkap belakang yang jauh dari bilik parents, dan tolak moto sejauh 50 meter sebelum start enjin bagi mengurangkan pencemaran bunyi di tahap paling minimum. betapa besarnya pengorbanan aku terhadap teh tarik.

tapi itu semua antara jenayah tahap menengah yang aku latih tubi hingga berjaya di peringkat universiti, merangkumi jenayah di dalam pelbagai bidang. semuanya bermula ketika darjah dua, sewaktu aku bertatih dalam aktiviti petualang ini.

yang menghubungkan umah aku dan kedai runcit adalah sebuah titi. titi ni sebentuk objek yang tiada penghadang atau pemegang diri dan kanan, dan dibawahnya sungai bercampur lumpur sket. sebelum titi adalah sebuah cerun dengan sudut 45 darjah dan agak tidak lurus bentuk geografinya.

niat murni aku pada petang itu untuk membeli tora dan aiskrim potong, bertukar jahanam apabila aku jatuh daripada titi usang tersebut, menjunam ke dalam sungai dengan tarikan graviti yang agak hebat. basikal aku seolah2 lebih berfikiran jauh daripada aku. tanpa belas kasihan, ia menghempap aku setelah melihat aku terkapai2 dalam membuat cubaan bangun sepantas mungkin. hasilnya? baju seluar kotor nak mampos dengan lumpur. namun luka2 berada pada tahap minimum disebabkan paras air sungai telah menyerap hentakan daripada insiden bodo yang berlaku.

setelah berusaha mengeluarkan basikal jahanam tersebut dari sungai dengan bantuan jiran2 yang lebih tua, aku berjaya pulang ke rumah untuk meratap nasib aku yang tak berjaya menikmati aiskrim potong. tapi sebelum tu, segala bahan bukti harus dihapuskan terlebih dahulu, sebelum mak aku merangkap inspektor jalanan dapat menghidu kejadian tak bermoral yang berlaku. nescaya akan bertambah kesakitan yang akan aku lalui pada hari ini.

dengan pantas aku mandi, siram basikal lebey kurang dengan penuh dendam, touch up sket2 luka yang ada. dengan aksi yang angkuh, aku duduk depan tv tengok cerita hindustan. kedengaran bunyi enjin kereta di luar menandakan inspektor jalanan sudah pulang dari opis. rilek..rilek....aku kontrol muka cool sambil buat2 teruja dengan aksi bedebik bedebuk hindustan.

inspektor jalanan masuk rumah, terus ke bilik tak menghiraukan aku mahupun hindustan yang diminatinya. penat la tu. bagus la, baik die layan penat daripada dia siasat tragedi oktober yang baru berlaku sebentar tadi. selang beberapa minit....

"adiikkkk!!!!! ape yang ko daa buuuattt niiiii!!!!!"

cilakak, baju berlumpur tadi aku lupe basuh dalam bilik air. dengan pantas aku berlari ke dapur, menyamar jadi peti ais.

Posted by anep@kecixz
Wednesday, November 20, 2013 at 1:04 PM | 4 comments  
"hello, ini Hanif ke?"

"ye saya Hanif...sape tu?"

"aaa...ni saya Sofia ni....ingat lagi tak?"

puffff!!! sound effect tersebut kedengaran sangat halus tatkala jantung aku berenti dengan suara awek di hujung talian tersebut...sementara jantung aku berenti, tugas otak pulak tak berhenti malah semakin laju memproses imej2 visual pada kehidupan zaman gelap aku yang lepas...mane tau kot2 ade muncul sebarang data mengenai makhluk bernama sofia....jeng...jeng...jeng..

dulu ade la sorang gadis ni asek duk call dari public phone...zaman2 blaja dulu....tapi jumpe tak penah...tapi maaannnjang call je....aku rase kalau tiap syiling yang die abehkan untuk call aku tu, di masukkan kat vending machine untuk beli air tin, rasenye die da bole bukak gerai air da....namun ape yang aku pasti, nama die bukan sofia....

di suatu zaman yang lain plak, aku penah tegur sorang awek time on the way nak balik utm...hehe....tegur tepi hiway je....zaman dulu mane ade whatsapp, waze, viber, look around we chat dan sebagainye...nak tak nak, tebalkan muke je tegur face to face....kalau dapat, yesss!!...kalau tak dilayan, wat muke bodo suda....bukan die kenal pun....hahaha....tapi yang ni aku dapat no tepon die...siap kua 2-3 kali...emm, mayb 4-5 kali kot......ok2!!! lebey 10 kali klua same....hahaha...namun kesah tu pun aku tak berapa nak amek kesah da....sebab name die bukan sofia...

ade lagi, time matrikulasi, ade sorang awek salah miskol tepon nokia 3310 aku....bertitik tolak dari salah miskol tu, jadi rentetan 3 second....tau tak ape itu 3 second??? haha....bebudak sezaman aku musti tau ape natang tu....kita bole cakap selama 3 saat, tiada caj, dan letak tepon, dan ulangi perkara bodo tersebut sampai member2 sebelah menyampah dengan ringtone yang tak berenti bunyi setiap 3 saat....hahaha...tapi agak tak fair untuk diorang nyampah....sebab diorang pun buat gak....kehkehkeh....sofia?? owh tidak...tidak...yang ni pun masih bukan sofia....

kesemua imbasan kenangan di atas berlaku dengan kelajuan micro partical berskala 2.3 saat di dalam kepala otak aku yang da semakin slow sebab blom cukup tido....nak imbas lebih2 pun tak guna sebab takde siapa lagi watak dah yang aku nak imbas....dengan ketinggian badan yang tak mencukupi tahap  piawai, membuatkan aku terbatas dalam menyerlahkan diri di tengah2 masyarakat...jadi mmg logik tak banyak awek yang melekat...persoalannya.....siapakah sofia??

agaknya lama sangat aku diam, Sofia pun menyambung dialognya yang terhenti

"ni Sofia ni yang call semalam dari TM....kita sekarang ni tengah buat promotion tapi semalam encik busy....bla...bla...hanya rm199...bla...bla....limited period...bla...bla...terpilih...bla..."

tuutt...tutt..tuuutt...

kepala aku berpinar, aku letak tepon jauh2, aku menjeling bantal dengan penuh dendam, lalu aku tido.....zzzzzz


Posted by anep@kecixz
Wednesday, November 13, 2013 at 6:29 PM | 0 comments  
milo 3 in 1 ni cukup popular mase aku kat skolah asrama dulu....mungkin sebab ianya betol2 sedap...ataupun sebab ianya mahal, maka ia jadi barang rare di kalangan penghuni aspura....peket dulu bukan macam sekarang, bentuk panjang...dulu bentuk petak....ade yang makan begitu saja, ade yang bancuh ngan air watercooler, malah ade yang seterika milo tersebut dijadikan coklat untuk dibaham ketika bersidai di koridor sambil tidak berbaju...kreatif kan? biasa la duduk asrama, otak kene sentiasa ligat memikirkan jalan untuk menjahanamkan alam sekeliling....tu belum masuk lagi bab masak megi dalam gayung...

tapi bukan pasal milo yang aku nak citer...namun berbekalkan sifat peket milo yang tertera di atas....ade persamaan yang aku boleh kaitkan dengan kehidupan aku pada dua bulan lepas, bertarikh 20 SEPTEMBER...3 perkara yang berlaku dalam hari yang sama....."life changing events" bak kata pepatah orang jawa timur....aku rumuskan semuanya dalam bentuk formula seperti di bawah....ok jap, nak gi toilet jap, then solat, then sambung balik..  zasss!!

ok da fresh...skang 6pm...aku tulis dengan pantas sebab jap lagi nak balik...begini skripnya

1. biniku pregnant

pagi tu aku mcm biasa nak gi mandi...tapi ade satu objek atas mesin basuh, dengan bentuk yang begitu asing parking baeekk punya kat situ....itulah seprais pertama aku pada hari bertuah tersebut....pregnancy test kit menunjukkan 2 garis, maknanya biniku preggy...aku toleh belakang, die senyum je...hehe...walaupun sebenarnye bini aku da dapat merasakan die ade isi, tapi kini telah sah 90%....die mmg camtu, instinct die kuat sket....banyak perkara yang die dapat rase....tapi bab tunjuk arah jalan, sumpah aku tak caya die....haha....boleh sesat sampai krabi dibuatnye...maka dipendekkan cerita, aku dengan semangat meneruskan aktiviti mandi sambil tersenyum...sabun masuk mata mulut aku da tak kesah da....semangat untuk memenuhkan tentatif pada hari ini....1 down, 2 to go!

2. lelong rumah

hari ni aku masuk 4 bijik umah....3 daripadanya menggunakan nama rakan2 jv, 1 guna nama bini aku....tapi yang bini aku punye tu masuk saje2 je.....dgn harapan dapat kawteam....yang betol2 aku target adalah salah satu daripada 3 biji tersebut...long story short, 3 biji kalah, 1 menang...of koz la yang menang tu umah bini aku...haha....kat situ aku da start penin, salah caturan....sbbnye unit tu aku tak tengok langsung, taktau berape bilik, senang citer tak buat homework yang secukupnye sebelum bertarung....tapi maybe dah rezeki bini aku dan baby dalam perut, rumah tu sangat cantik! dan fully furnish...siap ade tv lcd 40 inci lg tuuu....hehe...dalam entry lain aku cite pasal umah ni....so, 2 event da jalan, ibarat merak kayangan, dada aku bertambah kembang untuk meneruskan tentatif ke 3....zassss!!

3. interview kerja

oleh kerana kontrak tak sambung dengan company sekarang, maka aku terpaksa cari keje baru demi kelangsungan hidup dan demi sesuap nasi untuk kami sekeluarga....ok, sesuap tak cukup....maka pemilihan kerja pun harus dibuat dengan teliti supaya dapat menghasilkan beberapa suap nasi....so, petang tu aku pegi interview kat company kepada kakak paan....hehe, gune cable la beb...dari kajian tak berapa teliti yang aku buat, nampak company ni mcm ok....interview berjalan selama sejam lebih gak, dengan keadaan aku terkulat2 menjawab setiap pertanyaan General Manager die...ciss....english speaking memang aku nyampah...cube la suruh aku cakap BM....nescaya die akan menanges suruh aku stop bercakap....mcm biasa dipendekkan cite, aku dapat 2nd interview lantas dapat la position tu...as s system engineer...aku pun taktau keje tu camne sbb pada tarikh karangan ni dibuat, aku masih belom lapor diri kat company tu...hehe

kesimpulan

dalam 1 ari, tiga perkara yang gembira membuatkan aku tak berenti senyum sampai ke esok paginye....hehe....namun dalam kegembiraan tu, banyak gak la onak dan duri yang aku kene lalu....biniku bleeding, umah lelong tersebut tidak mendapat restu owner asal, bakal kerja yang aku tak penah buat....macam2 lagi la...ade mase aku tulih satu2.....tapi disebabkan aku tau sangat perangai aku macam mane, kemungkinan besar aku takkan tulis da pasal perkara di atas...haha....takpe la...hanya berdoa 3 perkara di atas dapat berjalan dengan baiknya dan dengan izinNya...amin~

aik....da 6.30 da!!?? aku da lambat...untuk...........main game!!! before balik...hehe....chiow....zasss!!!

Posted by anep@kecixz
Monday, November 4, 2013 at 5:33 PM | 0 comments  

gile aa...last post adalah 2011....skang da ujung 2013....hasil deduksi matematik itu maka dapat diputuskan bahawa aku telah hilang selama 2 tahun...bukan menghilangkan diri, tapi hilang ingatan terhadap blog cabuk aku nih...ingatan itu telah pergi bersama dengan password2 skali...haha....tapi hasil daripada menonton rancangan 'betol ke bohong' kat astro tiap kali balik umah mak aku, maka dengan 1 kali try, aku dapat bukak balik blog ni...yess!!

terlampau banyak benda yg berlaku sepanjang 2 tahun ni...agak rasa terkilan gak aku tak update tiap satu event yg berlaku ke dlm blog ni...kalau tak bole la dibuat bahan bacaan ringan tatkala menghirup teh di taman atau di malam hari tatkala anak bini da tido...meh aku tulis secara rambang dan rawak merangkap rumusan tentang 2 tahun tersebut...iyyyahh!!

aku da kawen ujung 2010 ngan tunang aku...ujung 2011 dikurniakan cahaya mata yg comel...kawasaki er6n juga berjaya aku miliki dan masih selamat parking kat bawah...1 condo juga berjaya di flip bersama 2 rakan kongsi...kerja masih sama tapi on the way nak tuka keje yang lebey memenatkan otak.....emmm....banyak lagi woi...maleh aku nak tulih da...idea pun tak berapa nak ada sementara tunggu bini balik keje...

skang da boleh update post thru phone...walaupun da lame org lain buat...tapi selaku seorang yang buta IT, aku harus terima kesengalan ini boleh dijangkakan...maka harapnya rajinlah aku menghapdet natang ni sebagai hobi masa terluang di samping bertukar-tukar pendapat dengan diri sendiri.....

....deng!!! da pukul 5.30 petang!! aku da lambat nak amek anak aku kat pengasuh...chiow2...zasss!!!

Posted by anep@kecixz
good things come to those who wait...