Tuesday, October 3, 2017 at 11:55 AM | 0 comments  
Detik laju memaksa jarum ke puncak,
Seiring, sejalan,
Purnama bersilih masih tidak berganjak,
Sejoli, sepadan.

Yang dicari bukan pualam,
Menunggu malam tinggal semayam,
Kian larut diseru qiam,
Menekan rasa hati terbungkam.

Bermula kiri melirik kanan sayup di hadapan,
Menjeling bawah menadah syukur atas nikmat kurniaan.

Tiada izin tanpa iradat,
Tiada hujung tanpa kudrat,
Tiada ruyung tiada sagu yang dapat,
Tiada urat manakan darah melikat,

Perihal pentas senantiasa berjalan,
Batapa agung, pertapa ulung, merentas kehidupan,
Sahaya tersenyum di singgahsana,
Serata marhaen, menyarung perca, terpaksa berhuma.

Batilku tangguh ditafsir,
Kali menjernih arus direnung tidak henti mengalir,
Hadamku belum tertamsil,
Selirat kosa serabut kata minta nujum menakwil.

Hati...
Mendamba gemala menggenggam batu....

DIA...
Memegang alam, Yang Serba Tahu...


p/s : hi blog yang dah berhabuk!
Posted by anep@kecixz
Wednesday, December 4, 2013 at 11:36 PM | 0 comments  
4 may 2009 - 30 november 2013

hampir 5 tahun gak aku keje kat SCAN Associates Berhad ni. rase macam baru tahun lepas aku start. jadual kerja agak aneh iaitu 2 hari kerja 2 hari cuti, bermakna sebulan aku keje 15 hari. dalam sehari, betol2 buat kerja dalam 4-5 jam. maka amat logik jika aku merasakan baru bekerja selama setahun. silap2 hanya 8 bulan.

banyak yang aku pelajari disini. antaranya bagaimana menembak zombie, teknik menentang pengganaz selaku counter terorrist, cara2 mengular dengan berkesan, donlod muvie dengan kepantasan bunyi, dan paling agong adalah meng-hijack status facebook member tatkala beliau terlupe logout. sayangnya, aku terlupa memasukkan kesemua item2 berharga itu ke dalam latest resume. kalau tak, pasti aku dah pegang jawatan Project Manager di Petronas skarang.

dalam team aku memang ramai senior. ada yang dah kerja 8 tahun. jadi perasaan time last day tu amat sukar digambarkan. Khairil Anwar musti keluar ke tandas selang sejam. mungkin dia curi2 nanges. mungkin. Nik Syamsuria awal2 hidung da merah. aku tak tau dia sedih ke atau selsema. namun aku yakin air mata Nur Adibah Najihah ada mengalir. dan jumlahnya menyamai botol susu kecik anak aku. aku? aku macam biasa. senyum kontrol kool. imej rockerz beriman harus dikekalkan.

sambutan hari2 terakhir dijalankan 2 malam berturut-turut. malam first kami makan di al-rawsha ampang dengan membawa keluarga masing2. sementara kaum ibu dan wanita menunggu makanan sambil bergosip di meja, kaum bapa mengambil kesempatan membawa anak2 bermain di playground, hampir dengan meja. situasi aneh ini jarang dijumpai dalam kancah masyarakat sekarang. lelaki bujang juga turut serta dalam usaha membangkitkan kesedaran sifat2 mahmudah seorang bapa di dalam diri. namun sebiji gelongsor comel di situ hampir ranap dinaiki Wan Aizat yang merasakan berat beliau hanya 43kg.


tengok gamba kat atas ni. info tambahan, budak kecik kat tengah yang bergambar dengan Syafiq tu adalah anak aku. mungkin beliau merasakan tak berapa market berposing seorang diri.

keesokannya, hari terakhir bekerja, banyak dihabiskan dengan perbuatan mengular yang tidak berpenghujung. makan, main game, bersembang dan makan semula menjadi aktiviti wajib. tapi yang menjadi paling wajibul ghunnah adalah menangkap gambar. aura perpisahan terasing makin terasa, maka gambar2 yang hendak diabadikan harus ada ciri2 autentik dan bombastik.

dibawah adalah gambar paling seni yang dapat diambil, diinspirasikan oleh boyband zaman 90an seperti BackstreetBoys. menggunakan henset samsung Nurul Izzah, gambar menjadi tak berapa nak clear. tapi disebabkan cahaya keinsafan semua orang yang begitu menyerlah, maka pixel yang terhasil masih dapat diterima akal yang waras. aura kesesatan Hariz Zhafri paling tertonjol disini, selaku ketua geng 6 jahanam.




malam itu, dinner kami ditaja SCAN bertempat di Putrajaya Seafood, tepi tasik. suasana romantik yang cuba dicipta oleh kapel2 sebelah-menyebelah, berjaya dihancurkan oleh riuhnya table kami. dengan tahap desibel yang hampir tak terkawal, kesemua makanan berjaya ditewaskan oleh tekak masing2. senda gurau masih diteruskan walaupun mengundang riak muka jelez daripada pelayan2 disitu. aku mengagak team pelayan tersebut tak semeriah team kami. aku yakin.

sesi bergambar rasmi pada malam itu, yang tidak diinspirasikan oleh mane2 boyband, ditamatkan dengan masing2 bersalam berpeluk bercium berpesan2 namun tiada yang bertumbuk. alhamdulillah. aku masih senyum. kelat.

tipu itu suatu dosa. sebab tu aku tak nak tipu dengan bersifat munafik mengatakan aku tak sedih. aku sedih. tapi yang paling sedih, 2 hari selepas dinner ni, aku da start keje baru. bile aku nak rehat woi!!!???



p/s : the ohsem Team B....Razaidy, Nur Adibah Najihah the pening gurl, Redza sang imam, Anas yang kecoh, Syafiq atokmalaya acacacai, Suria touch down, Izzah penjepunan, Wan Aizat si toyol, Hariz the zunge, n lastly Khairil Anwar the best team leader....thanx guyz~
Posted by anep@kecixz
Friday, November 29, 2013 at 12:47 PM | 2 comments  
ok, tajuk di atas agak misleading....tajuk yang sebenar adalah "AKU KAHWIN". ya, 3 tahun yang lepas 27 November 2010 aku bernikah dengan rasminya dan menjadi suami yang mihtali. aku dinikahkan time asar oleh seorang ustat yang aku tak ingat name die. ustat ni memang hebat. ustat yang seorang berjaya membuat berpuluh2 orang jadi gelabah dan kelam-kabut. dengan selambe dia tukar waktu nikah aku dari pukul 11 pagi ke pukul 4 petang, last minit. heh, mmg saje nak buat aku berpeluh ustat ni.

antara yang aku ingat, dalam khutbah nikah tu, die sarankan agar suami isteri mandi bersama. lebih erat katanya. mungkin die nak buktikan kata2 dia, dengan penoh kompiden die toleh ke arah bapak mertua aku dan shoot soalan cepu mas.

"pakcik penah mandi bersama dengan makcik?"

loh, bapak mertua aku terkulat2 dengan suasana getir yang dihadapinya. lantas mak mertua aku yang duduk tidak berjauhan, tampil menyelamatkan keadaan dan maruah suaminya.dia jawab "pernah". hadirin yang lain aku tengok ade yang berharap supaya ustat bertanya soalan sama kepada mereka pulak, namun mungkin mereka tak berapa bertuah.

tiba part salam nikah, aku request tak perlu berlatih rehearsal bagai. nampak sangat tak sabonye aku ni. ape plak, penat aku prektis depan cermin hari2, nak prektis ape lagi. maka aku buktikan kepetahan aku dengan skali lafaz, dan sah lah aku menjadi seorang suami. tanpa mempedulikan 2-3 ekor awek yang menjeling2 manja, aku teros sembahyang sunat kat saf depan. fotografer plak sebok amek gambo time aku solat, terpaksa aku kontrol gerak-geri dengan penuh berhemah. saje nak buat aku tak khusyuk la tu. ceh

malam pernikahan itu adalah malam paling membahagiakan. setelah siap aku mandi basuh kaki sume, dengan penoh berhati2 aku melangkah ke kamar tidur. aku pastikan setiap langkah aku disusun kemas. sambil mengimbangkan badan, aku rebahkan badan ke katil se'gentle' yang mungkin. selimut aku tarik perlahan...lantas.....

lantas aku tido la!!! penat woi kesana kesini, esok nak kenduri bersanding lagi. oh lupe nak bagitau, aku tido hotel sensorang malam nikah tu. bini aku kat umah bapak die. hehe. esok malamnye, barulah sebumbung secara rasmi. tapi tu aku maleh nak cite.

dipendekkan cite, skang da tiga tahun kawen, da ade sorang anak, dan ade lagi satu on the way. cite banyak tak guna. aku ada buat lagu untuk anniversary kitorang. lagu terencat. layan video kat bawah. zaassss!!

k3cix - MAGGI ITU MILIK KITA


k3cix - LAPARMU LAPARKU JUA



Posted by anep@kecixz
Friday, November 22, 2013 at 12:36 PM | 0 comments  
selaku anak bongsu soleh dengan didikan agama yang cukup, tidak pernah terlintas di kepala otak aku untuk berbuat perkara yang boleh memalukan keluarga. tapi apabila kemahuan dan kehendak aku bertentangan dengan peraturan dan sosio norma kehidupan keluarga, maka sedikit perincian jenayah harus dilakukan.

antaranya merosakkan radio lalu berlari ke rumah jiran bagi mendapatkan bukti alibi, menggemparkan taman dengan kehilangan aku yang sebenarnye sedang sabar menunggu durian jatuh, membakar langsir rumah dengan niat murni untuk menghalau nyamuk dan macam2 lagi.

tapi aktiviti paling banduan pernah aku buat adalah keluar rumah di tengah malam hanya untuk sesuap teh tarik. kenapa aku cakap paling banduan? mungkin kat umah orang lain, memang senang nak keluar malam tapi tidak di rumah aku. aku kene cabut wayar tepon supaya tak berbunyi tgh malam dan mengantoikan kelesapan aku, sendal pintu dengan suratkhabar agar senang masuk balik sesenyap mungkin, keluar ikut tingkap belakang yang jauh dari bilik parents, dan tolak moto sejauh 50 meter sebelum start enjin bagi mengurangkan pencemaran bunyi di tahap paling minimum. betapa besarnya pengorbanan aku terhadap teh tarik.

tapi itu semua antara jenayah tahap menengah yang aku latih tubi hingga berjaya di peringkat universiti, merangkumi jenayah di dalam pelbagai bidang. semuanya bermula ketika darjah dua, sewaktu aku bertatih dalam aktiviti petualang ini.

yang menghubungkan umah aku dan kedai runcit adalah sebuah titi. titi ni sebentuk objek yang tiada penghadang atau pemegang diri dan kanan, dan dibawahnya sungai bercampur lumpur sket. sebelum titi adalah sebuah cerun dengan sudut 45 darjah dan agak tidak lurus bentuk geografinya.

niat murni aku pada petang itu untuk membeli tora dan aiskrim potong, bertukar jahanam apabila aku jatuh daripada titi usang tersebut, menjunam ke dalam sungai dengan tarikan graviti yang agak hebat. basikal aku seolah2 lebih berfikiran jauh daripada aku. tanpa belas kasihan, ia menghempap aku setelah melihat aku terkapai2 dalam membuat cubaan bangun sepantas mungkin. hasilnya? baju seluar kotor nak mampos dengan lumpur. namun luka2 berada pada tahap minimum disebabkan paras air sungai telah menyerap hentakan daripada insiden bodo yang berlaku.

setelah berusaha mengeluarkan basikal jahanam tersebut dari sungai dengan bantuan jiran2 yang lebih tua, aku berjaya pulang ke rumah untuk meratap nasib aku yang tak berjaya menikmati aiskrim potong. tapi sebelum tu, segala bahan bukti harus dihapuskan terlebih dahulu, sebelum mak aku merangkap inspektor jalanan dapat menghidu kejadian tak bermoral yang berlaku. nescaya akan bertambah kesakitan yang akan aku lalui pada hari ini.

dengan pantas aku mandi, siram basikal lebey kurang dengan penuh dendam, touch up sket2 luka yang ada. dengan aksi yang angkuh, aku duduk depan tv tengok cerita hindustan. kedengaran bunyi enjin kereta di luar menandakan inspektor jalanan sudah pulang dari opis. rilek..rilek....aku kontrol muka cool sambil buat2 teruja dengan aksi bedebik bedebuk hindustan.

inspektor jalanan masuk rumah, terus ke bilik tak menghiraukan aku mahupun hindustan yang diminatinya. penat la tu. bagus la, baik die layan penat daripada dia siasat tragedi oktober yang baru berlaku sebentar tadi. selang beberapa minit....

"adiikkkk!!!!! ape yang ko daa buuuattt niiiii!!!!!"

cilakak, baju berlumpur tadi aku lupe basuh dalam bilik air. dengan pantas aku berlari ke dapur, menyamar jadi peti ais.

Posted by anep@kecixz
Wednesday, November 20, 2013 at 1:04 PM | 5 comments  
"hello, ini Hanif ke?"

"ye saya Hanif...sape tu?"

"aaa...ni saya Sofia ni....ingat lagi tak?"

puffff!!! sound effect tersebut kedengaran sangat halus tatkala jantung aku berenti dengan suara awek di hujung talian tersebut...sementara jantung aku berenti, tugas otak pulak tak berhenti malah semakin laju memproses imej2 visual pada kehidupan zaman gelap aku yang lepas...mane tau kot2 ade muncul sebarang data mengenai makhluk bernama sofia....jeng...jeng...jeng..

dulu ade la sorang gadis ni asek duk call dari public phone...zaman2 blaja dulu....tapi jumpe tak penah...tapi maaannnjang call je....aku rase kalau tiap syiling yang die abehkan untuk call aku tu, di masukkan kat vending machine untuk beli air tin, rasenye die da bole bukak gerai air da....namun ape yang aku pasti, nama die bukan sofia....

di suatu zaman yang lain plak, aku penah tegur sorang awek time on the way nak balik utm...hehe....tegur tepi hiway je....zaman dulu mane ade whatsapp, waze, viber, look around we chat dan sebagainye...nak tak nak, tebalkan muke je tegur face to face....kalau dapat, yesss!!...kalau tak dilayan, wat muke bodo suda....bukan die kenal pun....hahaha....tapi yang ni aku dapat no tepon die...siap kua 2-3 kali...emm, mayb 4-5 kali kot......ok2!!! lebey 10 kali klua same....hahaha...namun kesah tu pun aku tak berapa nak amek kesah da....sebab name die bukan sofia...

ade lagi, time matrikulasi, ade sorang awek salah miskol tepon nokia 3310 aku....bertitik tolak dari salah miskol tu, jadi rentetan 3 second....tau tak ape itu 3 second??? haha....bebudak sezaman aku musti tau ape natang tu....kita bole cakap selama 3 saat, tiada caj, dan letak tepon, dan ulangi perkara bodo tersebut sampai member2 sebelah menyampah dengan ringtone yang tak berenti bunyi setiap 3 saat....hahaha...tapi agak tak fair untuk diorang nyampah....sebab diorang pun buat gak....kehkehkeh....sofia?? owh tidak...tidak...yang ni pun masih bukan sofia....

kesemua imbasan kenangan di atas berlaku dengan kelajuan micro partical berskala 2.3 saat di dalam kepala otak aku yang da semakin slow sebab blom cukup tido....nak imbas lebih2 pun tak guna sebab takde siapa lagi watak dah yang aku nak imbas....dengan ketinggian badan yang tak mencukupi tahap  piawai, membuatkan aku terbatas dalam menyerlahkan diri di tengah2 masyarakat...jadi mmg logik tak banyak awek yang melekat...persoalannya.....siapakah sofia??

agaknya lama sangat aku diam, Sofia pun menyambung dialognya yang terhenti

"ni Sofia ni yang call semalam dari TM....kita sekarang ni tengah buat promotion tapi semalam encik busy....bla...bla...hanya rm199...bla...bla....limited period...bla...bla...terpilih...bla..."

tuutt...tutt..tuuutt...

kepala aku berpinar, aku letak tepon jauh2, aku menjeling bantal dengan penuh dendam, lalu aku tido.....zzzzzz


Posted by anep@kecixz
Wednesday, November 13, 2013 at 6:29 PM | 0 comments  
milo 3 in 1 ni cukup popular mase aku kat skolah asrama dulu....mungkin sebab ianya betol2 sedap...ataupun sebab ianya mahal, maka ia jadi barang rare di kalangan penghuni aspura....peket dulu bukan macam sekarang, bentuk panjang...dulu bentuk petak....ade yang makan begitu saja, ade yang bancuh ngan air watercooler, malah ade yang seterika milo tersebut dijadikan coklat untuk dibaham ketika bersidai di koridor sambil tidak berbaju...kreatif kan? biasa la duduk asrama, otak kene sentiasa ligat memikirkan jalan untuk menjahanamkan alam sekeliling....tu belum masuk lagi bab masak megi dalam gayung...

tapi bukan pasal milo yang aku nak citer...namun berbekalkan sifat peket milo yang tertera di atas....ade persamaan yang aku boleh kaitkan dengan kehidupan aku pada dua bulan lepas, bertarikh 20 SEPTEMBER...3 perkara yang berlaku dalam hari yang sama....."life changing events" bak kata pepatah orang jawa timur....aku rumuskan semuanya dalam bentuk formula seperti di bawah....ok jap, nak gi toilet jap, then solat, then sambung balik..  zasss!!

ok da fresh...skang 6pm...aku tulis dengan pantas sebab jap lagi nak balik...begini skripnya

1. biniku pregnant

pagi tu aku mcm biasa nak gi mandi...tapi ade satu objek atas mesin basuh, dengan bentuk yang begitu asing parking baeekk punya kat situ....itulah seprais pertama aku pada hari bertuah tersebut....pregnancy test kit menunjukkan 2 garis, maknanya biniku preggy...aku toleh belakang, die senyum je...hehe...walaupun sebenarnye bini aku da dapat merasakan die ade isi, tapi kini telah sah 90%....die mmg camtu, instinct die kuat sket....banyak perkara yang die dapat rase....tapi bab tunjuk arah jalan, sumpah aku tak caya die....haha....boleh sesat sampai krabi dibuatnye...maka dipendekkan cerita, aku dengan semangat meneruskan aktiviti mandi sambil tersenyum...sabun masuk mata mulut aku da tak kesah da....semangat untuk memenuhkan tentatif pada hari ini....1 down, 2 to go!

2. lelong rumah

hari ni aku masuk 4 bijik umah....3 daripadanya menggunakan nama rakan2 jv, 1 guna nama bini aku....tapi yang bini aku punye tu masuk saje2 je.....dgn harapan dapat kawteam....yang betol2 aku target adalah salah satu daripada 3 biji tersebut...long story short, 3 biji kalah, 1 menang...of koz la yang menang tu umah bini aku...haha....kat situ aku da start penin, salah caturan....sbbnye unit tu aku tak tengok langsung, taktau berape bilik, senang citer tak buat homework yang secukupnye sebelum bertarung....tapi maybe dah rezeki bini aku dan baby dalam perut, rumah tu sangat cantik! dan fully furnish...siap ade tv lcd 40 inci lg tuuu....hehe...dalam entry lain aku cite pasal umah ni....so, 2 event da jalan, ibarat merak kayangan, dada aku bertambah kembang untuk meneruskan tentatif ke 3....zassss!!

3. interview kerja

oleh kerana kontrak tak sambung dengan company sekarang, maka aku terpaksa cari keje baru demi kelangsungan hidup dan demi sesuap nasi untuk kami sekeluarga....ok, sesuap tak cukup....maka pemilihan kerja pun harus dibuat dengan teliti supaya dapat menghasilkan beberapa suap nasi....so, petang tu aku pegi interview kat company kepada kakak paan....hehe, gune cable la beb...dari kajian tak berapa teliti yang aku buat, nampak company ni mcm ok....interview berjalan selama sejam lebih gak, dengan keadaan aku terkulat2 menjawab setiap pertanyaan General Manager die...ciss....english speaking memang aku nyampah...cube la suruh aku cakap BM....nescaya die akan menanges suruh aku stop bercakap....mcm biasa dipendekkan cite, aku dapat 2nd interview lantas dapat la position tu...as s system engineer...aku pun taktau keje tu camne sbb pada tarikh karangan ni dibuat, aku masih belom lapor diri kat company tu...hehe

kesimpulan

dalam 1 ari, tiga perkara yang gembira membuatkan aku tak berenti senyum sampai ke esok paginye....hehe....namun dalam kegembiraan tu, banyak gak la onak dan duri yang aku kene lalu....biniku bleeding, umah lelong tersebut tidak mendapat restu owner asal, bakal kerja yang aku tak penah buat....macam2 lagi la...ade mase aku tulih satu2.....tapi disebabkan aku tau sangat perangai aku macam mane, kemungkinan besar aku takkan tulis da pasal perkara di atas...haha....takpe la...hanya berdoa 3 perkara di atas dapat berjalan dengan baiknya dan dengan izinNya...amin~

aik....da 6.30 da!!?? aku da lambat...untuk...........main game!!! before balik...hehe....chiow....zasss!!!

Posted by anep@kecixz
Monday, November 4, 2013 at 5:33 PM | 0 comments  

gile aa...last post adalah 2011....skang da ujung 2013....hasil deduksi matematik itu maka dapat diputuskan bahawa aku telah hilang selama 2 tahun...bukan menghilangkan diri, tapi hilang ingatan terhadap blog cabuk aku nih...ingatan itu telah pergi bersama dengan password2 skali...haha....tapi hasil daripada menonton rancangan 'betol ke bohong' kat astro tiap kali balik umah mak aku, maka dengan 1 kali try, aku dapat bukak balik blog ni...yess!!

terlampau banyak benda yg berlaku sepanjang 2 tahun ni...agak rasa terkilan gak aku tak update tiap satu event yg berlaku ke dlm blog ni...kalau tak bole la dibuat bahan bacaan ringan tatkala menghirup teh di taman atau di malam hari tatkala anak bini da tido...meh aku tulis secara rambang dan rawak merangkap rumusan tentang 2 tahun tersebut...iyyyahh!!

aku da kawen ujung 2010 ngan tunang aku...ujung 2011 dikurniakan cahaya mata yg comel...kawasaki er6n juga berjaya aku miliki dan masih selamat parking kat bawah...1 condo juga berjaya di flip bersama 2 rakan kongsi...kerja masih sama tapi on the way nak tuka keje yang lebey memenatkan otak.....emmm....banyak lagi woi...maleh aku nak tulih da...idea pun tak berapa nak ada sementara tunggu bini balik keje...

skang da boleh update post thru phone...walaupun da lame org lain buat...tapi selaku seorang yang buta IT, aku harus terima kesengalan ini boleh dijangkakan...maka harapnya rajinlah aku menghapdet natang ni sebagai hobi masa terluang di samping bertukar-tukar pendapat dengan diri sendiri.....

....deng!!! da pukul 5.30 petang!! aku da lambat nak amek anak aku kat pengasuh...chiow2...zasss!!!

Posted by anep@kecixz
Saturday, September 3, 2011 at 6:42 AM | 1 comments  
bunyi macam belaja kat luar negeri ye tak?? haha....memang tak!! saje nak conteng kat sini pengalaman aku beraya di rumah mertua....ape?? bukan perantauan?? aaahhh....ikut kamus hidup aku yang sentiasa berubah2 definisinya, itu dikira merantau jugak...zasss

walaupun aku selalu balik umah mertua aku pada ujung2 minggu untuk menghilangkan busan di rumah sendiri, mengasingkan diri dari hiruk-pikuk kota, mahupun hanya sekadar berniat nak makan free tapi lazat (tihtihtih).....tapi bile dah namenye pun beraya, aura yang datang bersama ungkapan aidilfitri tu ade lain macam sket....ataupun aku yang lebey2 nervous sbb selame ni beraye dengan keluarga sendiri sekaligus membolehkan aku untuk tidak beradab ketimuran sewaktu beraya....haha...ntah la...mungkin...mungkin...

pagi2 raye aku cube melambatkan selambat mungkin proses untuk mandi sunat....hanya semata2 kerana sifat malas yang menebal....takde kene mengena ngan afdal or anything else...so guyz, dont try this at home....namun hasil dari latihan yang kerap kali diulang2 disebabkan terlambat pegi kelas mahupun lambat gi dating, aku telah berjaya menyiapkan diriku berbaju raya lengkap sebelum 8.30 pagi....aik, sunyi sket lak umah ni.....oooohh....mak ngan bapak mertua aku da pun gi masjid awal2....mungkin derang pun ade sifat malas yang menebal, iaitu malas menunggu aku yang bangun lambat....nasib baik abg ipar aku ade...leh wat geng gi semayang same2.....maka lepas makan ketupat lebey kurang, kitorang chow...zasss

semayang raye, macam biaselah...yang kurang biase dari hari2 yang biase adalah khutbahnya selepas solat....lepas abes semayang aku pun duk cari bayang abg ipar aku ngan anak die....mane ek agaknye.....khutbah pun da stat dalam 10minit, aku memulakan langkah pendekar pertama mencapai selipar untuk isap rokok jap kat lua....ala, lua pun stil dengar khutbah ape....tak salah pun...yang salah adalah merokok....haha....sambil2 tu cari gak lagi mane tau kot2 angah (abg iparku) pun cari port isap rokok gak....namun gagal....last2 aku terpandang ade kelibat bergerak dalam kete aku....peh!!! da siap masuk kete!! lagi tak tahan....dalam kete yang tertutup tingkap, kompom lagi tak dengar khutbah...kire aku terhormat sket la.....tapi dalam serba keserbasalahan, aku bersangka baik mungkin die nak balik cepat sbb sakit perut, or anak die menangis nak balik.....takpe la kalau camtu....eh....jap2....abeh aku nak balik pakai ape??? angah!!! tunggu!!! (adegan seterusnya dicensoredkan dan berakhir pada babak di mana kitorang sampai di rumah dalam keadaan tersengih mengharapkan tiada siapa perasan mengenai kepulangan luar biasa awal kami pada pagi itu.....haha)

masuk lak bab beratur salam2 beraya ngan mak bapak adik beradik dan sebagainye....alah, ini acara tahunan gak kat family aku dulu (sempat aku monolog lagi)....takde ape yang beza kot, layankan aje la....turutan beratur pun same....yang tua jalan dulu salam ngan abah....aku pun wat endah tak endah je....tapi lame sangat sorang2 ni salam abah ngan mak, mcm ade bagi amanat bagai aaa.....takpelah aku fikir....bukan nak kejar ape pun.....sampai je giliran aku...aku pun memulakan dialog rasmi hari raye...

"selamat ari raye abah....maaf zahir dan batin"

abah mertua aku pun menjawab

"ye selamat ari raye....abah maafkan semuanya.....cume satu je abah pesan....semayang jangan tinggal...Quran jangan tak bace....ni sume bukan abah yang tanye nanti....Allah yang akan tanye....duit ade 300 bilion pun tak akan kemana"

dan ade lagi beberapa amanat tambahan yang aku tak ingat....membuatkan aku terkedu di pagi raye....patut la sorang2 lame....ade tazkirah upenye.....tertunduk aku lame di situ tak tau nak bagi reaksi ape....peh, tapi part mane yang tertusuk tu, tertusuk gak...part 300 bilion tu nak wat aku tergelak pun ade....hehe....da abeh sesi sayu-menyayu, sume pun melepak tersenyum kat ruang tamu....tapi aku tetap rase ade sumthin wrong sumwhere.....

loh...ngan bini sendiri aku lum beraya lagi!!! haha....aku pandang bini aku, die pun tergelak same....ingatkan aku sorang je terlupe status aku sebagai suami ala2 mithali, upenye die pun ingat die masih bujang.....kakakaka....maklumla, raya pertama bersama....jadi aktiviti raye private bersama diteruskan di dalam bilik kami sahaja....fuh, perasaan lain macam datang lagi skali bilemane ade seseorang mencium tgn lalu meminta maaf tunduk dengan penuh ikhlas....selame ni aku je cium tgn org tua....mule terasa sebak dan berat jap....bukan ape, tersentak dengan hadirnya rasa tanggungjawab besar yang akan aku pikul seumur hidup....tapi part paling best, bini aku bagi duit raye!!!! dan ini adalah tahun ketiga aku dapat duit raye dari die...pertama bergelar awek, kedua bergelar tunang, dan skang da jadi bini....aku??? 3-3 taun tu haram nak ingat pun....aduiyai, terasa nak menyuruk dalam selimut gebu yang terbentang indah kat sebelah aku....tapi nescaya jika perkara itu dilakukan, maka raya pertama aku akan ranap sepenuh hari hanya di atas katil....haha....maka kitorang pun keluar bilik dan melayan tetamu yang datang, gi merayau beraya...bla...bla...bla....ala, same mcm korang raye la...zass

kesimpulannya, walaupun raya di perantauan, tapi aku tetap rase best, unik dan indah sekali....mungkin sbb family baru aku adalah sangat baik dan menerima kehadiran aku seadanya....di tambah pulak dengan sifat mazmumah aku yang mmg selambe...haha....sama sepertimana jika kite mendapat kawan baru la...kalau ok, ngam, seronok kan?? apetah lagi aku dapat family baru, sedara mara baru, ipar duai bagai.....dan apetah lagi org yang dapat bini baru....tapi bab tu hanya Saleh Yaacob yang layak kupas, bukan aku....haha

dengan ini aku dengan sukacitanya aku sertakan ucapan rasmi hari raye yang dahulu-kala hanya diucapkan semata2 mengharapkan duit raye.....kehkehkeh....namun kali ni dengan penuh ikhlas dan tawaduk (amboi), SELAMAT HARI RAYE DAN MAAF ZAHIR BATIN! zaasssss~




Posted by anep@kecixz
Thursday, August 18, 2011 at 12:50 AM | 2 comments  
berpaksikan kepada kata kunci 'rezeki', maka benarkan saya dengan rendah diri berceloteh sebentar di laman blog sendiri yang dah lame tak dijenguk....hehe

last post adalah July 2010, skang da August 2011....da setahun aku senyap....dan da mcm2 berlaku....sesuai dengan tema Ramadhan pada kali ini yang sinonim dengan jolokan 'bulan rezeki', maka rezeki aku pada kali ini diberikan kerajinan untuk bersembang mengenai konsep rezeki ni.....konsep yang sangat luas untuk dikupas namun tak sampai kepada tahap mengelupas, kite tengok beberapa perkara je....hehe

alhamdulillah, taun lepas aku single....skang aku da kawen....rezeki aku dapat kawen hasil dari portfolio pelaburan bidang terjun ku yang paling sulung : property.....nampaknye btol2 membuahkan hasil walaupun ade liku2 setajam Bukit Putus yang harus aku redah....dan alhamdulillah lagi, rezeki aku untuk dapat cahaya mata pun agak cepat....insyaAllah dapat la dalam bulan 12....hehe

persoalannya....camne nak murah rezki?? ade org, keje kilang pun leh wat saving 8k dalam mase singkat....ade makhluk lak gaji besar tapi kompom ujung bulan cukup makan (aku penah berada dalam situasi ni)....terdapat seorang abg hensem dari kalangan membe aku berkata "the more u give, the more u get back".....dan aku sangat setuju...perasan tak kadang2 membe korang ade je duit nak blanje korang minum/makan???... sbnrnye, die blanje korang bukan sbb banyak duit pun....tapi die murah rezki dapat banyak duit sbb slalu blanje korang....jadi moral di sini, selalu2 lah blanje aku wahai sahabat2 yang baik hati....haha

pastu lagi satu...jangna lupe infaqkan sebahagian harta ke arah kebaikan....bagi mak bapak ke...sedekah....wakafkan van wat hantar budak skolah ke....bende2 ni walaupun kecik, akan datang balik kat kite....kerana pada dasarnya semua harta itu adalah milik Dia jugak....ewah, da mcm ustaz Azhar Idrus lak aku berceramah....

takde, bukan ape....aku kadang2 jadi cuak....dengan rezeki2 yang aku dapat, aku sangat takut kalau2 aku terlupe BERSYUKUR....kadang2 nak bagi mak bapak pun kene cantas sket2 tapi gi secret recipy sanggup nek moto redah ujan....tu menunjukkan aku pun belum sampai tahap bersyukur yang sebenar, cume nak mengingatkan satu sama lain.....hehe....jadi, yang ke-3 adalah : bersyukur dengan lisan dan perbuatan....

seterusnya, berkongsi kesenangan....kongsi dengan mak bapak, bini, family dan kawan2....kalau da senang tu, tarik kawan2 untuk senang bersama....bukan bermaksud ko bagi sume sport car kat die la....tapi tunjukkan jalan, ajak untuk ke arah kebaikan bersama....kongsikan pengetahuan....satu hari nnt....derang yang akan tolong balik...

taun 2011 aku anggap sebagai taun rezeki untuk aku....dan semoga aku tak lalai dan leka dengan semua itu....dan semoga projek2 aku selepas ni akan berjalan dengan lancar, terutamanya projek JV yang sedang berjalan skang ni....zzaasss!
Posted by anep@kecixz
1 julai....mmg tarikh yang aku amat idam2kan suatu ketika dahulu...tapi da beso2 ni, aku juz rase biase je la...lately ni da 3-4 taun takde kek, takde mkn2 dan tiada ape2 yang special utk aku sambut pada hari tersebut...so aku pun tak expect ape2 gak taun ni melainkan hanya membalas ucapan2 besday yang memenuhkan wall facebook dan inbox henset james bond aku yang telah pun turun harganya....hehe

dan 1 julai ni jugak, adalah hari bekerja aku...tapi kalau aku tak bekerja pun nescaya takde makhluk pun nak layan aku melainkan bantal, tilam dan selimut sebagai peneman setia...so baik aku keje...kekeke...ain ajak aku makan pada malam tersebut, aku pun setuju tanpa banyak bicara...sape tak suke makan ngan awek ye tak?? haha....tapi masalahnye, tepat jam 6 petang, hujan dengan rela hati turun berderai tanpa disuruh, menyebabkan aku berbelah bagi nak gi KJ atau tak...ish, takpe, bia badan basah, hati kene kering (aku bermonolog sendirian sambil menghasilkan ayat penyedap ati)....berbekalkan tayar yang baru tukar, aku lantas memecut membelah air hujan yang turun tanpa belas kasihan, mengakibatkan jaket yang diambil dari opis tanpa kebenaran tersebut basah kuyup laksana mencurahkan air ke daun ketapang....hahaha...zaass!!

aku pun sampai kat KJ, tunang aku telah siap menunggu dengan jaket barunya....actually banyak hal nak wat sbnrnye selain makan...kene duplicate kunci umah la (pada harijadi tersebut, aku telah berjaya menghilangkan kunci umah sendiri tanpa rasa bersalah)....pastu nak masukkan cheque ain kat cimb...alih2, cheque deposit cimb rusak, aku melilau cari kedai kunci pun tak jmp...maka hanya ade satu tempat yang wajib dituju : KEDAI MAKAN!!

di bawah kurang 2 minit, aku terus memesan nasi dagang sesampainya kami di D'Stall kelana jaya...sbb aku pk, hanya itu makanan yang dapat menyahut cabaran perutku yang mengalunkan senandung rentak irama asli semenjak tadi dek kerana suhu badan yang sejuk dipukul hujan bertalu2....tanpa mengendahkan kiri dan kanan, hatta tunangku sendiri, aku bertarung dengan nasi dagang tersebut dengan penuh selera dan ternyata nasi dagang kalah terhadap kehebatan tekakku...haha....tapi, aku perasan ade lak 3 sekawan yang duk usha senyum2 kat tepi...ces...joe! kedut! kamil!!! (dalam ati : ooo derang nak tgk bola ni...)

upenye, segala konspirasi ini telah dirancang secara senyap oleh ain selame seminggu...ces...nnaaah kau!!! sebiji kek beso yang membawa nama secret recipe dari jenis choc fudge yang dah 2 kali aku pesan tak dapat, kini tersergam indah di hadapan mataku membuatkan tekakku bergetar semula ala2 vibrate henset 3310...haha...15 minit kemudian, farah syaza pun datang dengan lagak doktor berjaya yang baru lepas bedah buah pinggang seekor semut...disusuli paan yang baru nak baik demam (thanx cha) bersama mea yang nak berenti keje....hehe...aktiviti memotong, membahagi dan membelasah kek pun bermula!!!

mcm biasa...da ramai2 berkumpul tu, imbasan kisah lame merupakan aktiviti wajib memandangkan 90% kat situ budak kusess...hehe...suara mmg kuat, apetah lagi kitorang ketawa seakan kedai tersebut merupakan kepunyaan pengetua sekolah kitorang yang digelar Pak Pin Legend. aku?? speechless dengan luvly surprise tersebut, tapi mulut aku takleh berenti bercakap dek kerana terlalu seronok (selain daripada aku mmg suke bercakap...tengok je la aku taip camne....haha)....zaass!!

hari pun makin larut...sok sume org keje....so tepat kul 12, aktiviti huha tersebut ditamatkan secara rasmi, dengan keadaan 40% baki kek tersebut dirembat ain utk menjamah rakan opis pada keesokan arinye...aku mmg takleh nak bawak.....nak moto kot...ceh...kalau tak mmg aku tak bagi sesape sentuh kek nan seorang itew....hehehe

thanx to joe kedut kamil fara paan mea n last but not least (ayat stendet perhimpunan pagi isnin kat skola) , my notty cutie kitty gurl named nurul ain ab rahim for the surprise!!! luv u bla bla bla bla (sila baca ayat penuh tersebut di dalam msg sepanjang 2 page yg saya sent semalam....kekeke)

saksikan gambar di bawah....kek tersebut telah dipersetujui sebulat suara oleh panal hakim, untuk diberi name choc fudge 1 big cake joe....wakakakaka...zzaass!!!




Posted by anep@kecixz
pada hari cuti tersebut, faisal@pesal ajak aku tengok umah yang die menang aritu (aku yang gi bid)....alkisah, die telah menang pada harga rizab@reserve price...waaaa....percubaan pertama yang mantap!! tapi apsal nak ajak aku lak??? beliau menerangkan dengan ikhlas beliau cuak nak gi sorang2...hehe....lalu aku pun buat penaakulan secara membuta tuli, kalau bawak aku yang bermuka perompak bersiri tapi hati ade taman ni, tiadalah banyak sesi bersoal jawab ngan org sekeliling kot..haha

tapi sebelum meneruskan perjalanan selaku musafir sementara, pesal ajak makan kat mines...wow!! ati aku da melonjak gembira da...pasti la aku tidak perlu mengeluarkan walletku barang sesaat pun...hehe....akhirnya pencarian makanan kami berakhir di kenny rogers....tapi aku hanya order pasta memandangkan ayam2 dara di situ tak mampu nak membuka selera aku pada tengahari yang nyaman tersebut...hoho...pesal order set quarter ayam...peh...abeh lak tu...haha...selesai melantak, langsung kami meneruskan perjalanan selepas mengucapkan alhamdulillah...zzaasss

singgah kat KJ jap...sbb moto aku perlu ditukar tayarnye yang telah haus...lalu dengan gaya berlagak, WSA 3961 tersebut telah mengepau aku tayar baru dan memakse aku mengeluarkan rm100 dengan jayanye...ces....tapi takpe, skang ni aku laju meluncur di jalanan di celah2 kota tanpa merasa sekelumit risau dengan tayar baru yang hebat mencengkam jalan...haha

zzaasss...trus gerak umah pesal...memule ingat nak pecah umah...skali, berbekalkan kelemah-lembutan gaya bahasa aku, dengan liuk lentok badan yang sungguh menggoda, aku berjaya mintak kunci umah dari Jaya Grocer Store (dulu pekerja jaya grocer ni yang menyewa, tapi da tau kene lelong, derang kosongkan)....so aktiviti arini telah dipermudahkan olehNYa....syukur....dan kami masuk umah dengan kaki kanan...voillaa!! lawa umah woooo.....tapi sepah tu mmg kompom la...itu la adat sekeping umah lelong yang telah ditinggalkan..tapi so far, sket je kene btolkan...

da puas ati, kitorang pun klua, ade jiran tanye nak sewakan tak rumah ni??? of coz la kak....hehe...dan die pun mencarikan penyewa dengan pantas untuk pesal...tu la untungnya korang bli umah area hot nih...tak sampai satu ari, umah pun tak kemas lagi, da ade penyewa nak masuk...hehe...

aku pun tumpang hepi, sbb ini pun salah satu projek aku jugak..projek tolong menolong...hehe...sbb aku yang bidkan, dan menang, so aku nak tengok gak hasilnye camne....ari pun da petang time tu, tayar baru moto aku pun merengek2 mintak dilibas di jalan raya, so aku pun blah dengan pantas sebelum hujan mengganaz, sebelum aku terpakse bertenggek bawah flyover, dan sebelum aku rase malas nak balik n tido tepi jalan...haha...

gambar di bawah menyaksikan segala kejadian keramat yang berlaku pada hari nan indah itu...ewah....haha....zaasss!!!






Posted by anep@kecixz
Saturday, June 19, 2010 at 12:39 AM | 0 comments  
tadi baru tt bersama pie, tuah, pesal ngan ade lagi sorang ape aku tak ingat name die...haha...biase la tt...cite pasal umah...cpo...tapi aku ade selit2 riki2 pasal moto er6n tuah...heeiii...bile la impianku nak tercapai ni...hoho

ari ni aku bekerja shift malam setelah 3 ari aku cuti....dan arini jugak (siang) adalah ari ketiga aku merayau2...peh....bayangkan la aku pusing kl, pj ni....sume nek moto nouvo je...tu pasal la aku nak er6n...alang2 nak nek lelame...bio le sedap sket muto tu...haha

aku telah berjaya menyetelkan cukai taksiran utk umah sri damansara, dan pas resit kat lawyer...harap2 cepat la dapat claim balik kat bank...leh wat pusing bende lain...utk cukai taksiran umah seri kembangan lak, aku jmp pegawai mpsj td mintak pengurangan....dan dapat la kurang 300...ok la tuh...banyak gak bagi aku laa....umah cemara tu jugak aku da sambungkan elektrik...so far aku cek takde pape masalah...lampu bilik air 1st je tak menyala...takde hal sangat la tuh...cume air je masalah ni...aku da penat nak bertekak ngan akak opis maintenance yang bodo tuh....takpe...minggu depan aku sambung "gadoh maintenance the 2nd"...haha

loan aku utk umah 2nd ni pun da approve...yahoo!!! cepat gile approve...aku rase dalam mase 4 ari je kot...tadi aku da runner gi cimb n sign sume letter offer...takyah bace banyak pun....pasal sume terms same ngan umah 1st...loan 40 taun, MRTA 10 taun...tapi yang ni lagi murah la....sbb aku dapat harga pun murah...hehe

projek terbaru sok...aku akan try dapatkan umah untuk pesal...umah ni agak terbaek kat tropicana selatan sane tuh....cume harga RP stil tinggi berbanding market value....tapi kitorang da riki2 umah sume n pesal puas ati...so aku truskan projek kali ni....bid bagi pihak pesal!! pergh nampaknya langkah aku dalam bidang ni da semakin panjang....bole wakilkan utk org plak!! haha....takpe, aku suke wat bende ni ramai2...tambah network kate org...semoga beliau dapat RP sok...ammiinnn...

sok malam aku merapu lagi ok...skang ni aku nak wat kerja yang da bertangguh sejak 6 jam yang lalu...haha...zzaaasss!!!
Posted by anep@kecixz
Tuesday, June 15, 2010 at 5:10 PM | 2 comments  
emmm.....satu term yang biasa kite dengar....tapi dulu mmg aku tak amek port sangat mengenai natang nan satu nih...jangan ckp wang pendahuluan...wang pun ckp2 makan kat uni...haha....ape yang aku suke wat mast kat universiti adalah "tido yang didahulukan"...hehe...mari kite tengok jenis2 natang nih....

deposit - ni mmg stendet....bli kete ade deposit, cek in hotel pun deposit...bli umah, kompom ade deposit...slalunye bli umah bayo 10% deposit....sbb tu besh men lelong...sbb kadang2 kene sediakan 5% depo je...hoho...kan da sep beribu2 lemon tuh...

booking fees - yang ni adalah 'sub' kepada deposit...(dalam konteks bli rumah la)....ini adalah utk menunjukkan komitmen si pembeli bahawa beliau telah menetapkan keputusan utk membeli rumah tersebut....slalunye 3% daripada harga rumah...kalau tak jadik bli, maka 3% tersebut akan hangus (slalunye laa...)...melainkan si penjual baik hati memulangkan wang tersebut disertai muke seposen si pembeli yang merayu mintak kaki kerana melanggar perjanjian...wakakaka...zasssss

wang yang didahulukan??? - part ni je sbnrnye yang aku nak citer panjang....hehe....dan kupasan seterusnye adalah meliputi persekitaran pembelian rumah lelong la....sbb tu je pengalaman aku pun...(tu pun sket gile)....slalunye, rumah yang di lelong mempunyai tunggakan yang agak banyak (around 4-5k)...meliputi cukai pintu, tanah, maintenance fee, insurans api, indah water bagai dan lain2....dan slalunye jugak, bank yang melelong akan cover sume tunggakan ni setelah pembelian (kecuali maybank - lepas 3 kali lelong, da tak cover da)....so kalau ikut senario the movie di atas, amat seronok la bli umah, bank tanggung tunggakan kan??

namun, ape yang terjadi, selalunye (banyak lak perkataan ni klua ari ni...ade perkataan gantian lain tak?) kite yang kene dahulukan duit utk bayo sume2 tuh, then resit bagi kat bank utk claim balik...kenape??? biase la...bank bukannye kedai runcit...ko takkan dapat sehari dua duit tu...so kite setelkan awal2 supaya memudahkan urusan lain2 dari segi pertukaran name, penyambungan air, api dan sebagainya.....bile nak dapat duit tu balik??? yang ni aku tak tau (sedang dalam proses hampagas ini)....ade yang dapat dlm 2 bln, 6 bln, yang makan setahun dua tu aku tak tau...tapi aku yakin pasti ade....

ringkasnya di sini, kat part yang satu ni kebanyakan org terlepas pandang mase bli umah lelong, termasuk aku...haha....aku mmg tak cek, tapi tak bermakne aku tak fikir sume tu...cume lari bajet sket je mengikut calculation yang aku buat menggunakan sempoa lame yang hampir patah...pengajaran utk semua, cek dulu sume tuh, masukkan skali dalam bajet supaya dapat mempercepatkan proses mendapatkan penyewa, tukar name dan sebagainya....

sok aku akan runner ke MPPJ, MPSJ, maintenance office utk membuat pembayaran yang termaktub di dalam kategori terakhir seperti di atas...cis...cis....diharapkan kelajuan pengaliran wang yang keluar ni adalah tidak berkadar songsang dengan pengaliran wang yang masuk...wakakaka...

p/s : semalam, buyer aku da bagi duit booking 3%, so dapatla aku menyetelkan ape2 yang patut sok...hehe...tenkiu encik buyer!!! zzzaasss!!!
Posted by anep@kecixz
Monday, June 14, 2010 at 11:12 AM | 0 comments  
terlupe aku nak citer....aku ingatkan umah 1st aku (sri damansara) da setel sume2 urusan da....skaali, lagi beberapa jam nak gi lelong umah 2nd tu...dapat call dari lawyer...dengan suara lemah lembut, beliau menyampaikan satu berita tak best..."dik, boleh tak tolong setelkan dulu quit rent ngan assesment tu...pastu bagi resit kat kitorang....nnt leh claim kat bank"....adeh...berderau darah aku jap....bukan ape...bankdraft da siap tersemat di tangan (bermakne aku da takde duit cash)...so aku terkedu sejenak, nak masuk ke tanak lelong petang tuh....kalau tak masuk, maka aku ade duit nak bayo natang tu sume....ish2...takleh jadik nih...

lalu menggunakan khidmat maxis yang aku masih belum jelaskan bilnya pada bulan lepas...aku start call memacam...bagi mendapatkan cost sebenar quit rent ngan assesment tu...adeh...upenye dekat 1.4k jugak nih...hmm....last2 aku pk...masuk je la lelong nih....untung2 menang RP, best gak...andai kate ade org lawan, n aku kalah....bagus gak....leh cancel bankdraft dan setelkan umah sri damansara ni...dan ape yang terjadi, seperti yang korang sedia maklum pada entry sebelum nih...aku menang RP...haha...maka aku tersenyum sorang2 dalam dewan lelongan tu...tanpa mengetahui maksud sebenar senyuman tu...samada senyum hepy...ataupun senyum pening....aku rase, 2-2 kot...haha...zaaaassss

maka all-kisah, umah 1st pun lom setel...da datang kes umah 2nd...maka aku perlu tenang dan bijak serta multitasking secara efektif utk menyelesaikan kedua2nya cepat....lalu aku push buyer umah sri damansara ni bayo duit deposit cepat2....die call smlm...ckp nak bagi 3% arini...3% tu ade la dalam 4k kot....so sempat la aku nak pusing2 duit 4k tu utk masalah2 2-2 umah ni sementara nak dapat lagi 7% tu dan selebihnya dari bank tak lame lagi...insyaAllah...

ape yang aku nak wat skang....bayo quit rent ngan assesment, bagi resit kat lawyer...lalu aku rase setel la 99% umah 1st ni...utk umah 2nd lak...gi sambung api kat TNB....harap2 meter letrik aku lum kene tarik, so bayar 200 deposit, da leh sambung letrik...kalau meter da ilang...perghh...panjang lagi citer....pastu nego n bayar sket tunggakan kat maintenance, supaya derang sambung air, dan aku leh cuci umah bagi nampak lagi terbaek....utk menarik mereka2 yang tertarik...haha...harap2 sume berjalan lancar...amminn...n mayb aku bagi pulangan sket kat rakan JV ku...mr asa!

pemusingan yang pertama ni mampu untuk aku jadikan kenyataan dan realiti jika buyer aku bayar deposit cecepat....maka diharap aku bole la dapatkan duit tu minggu ni...maleh nak panjang2 citer da....zzaaasssss!
Posted by anep@kecixz
so bersambung la alkisahnye...telah termaktub di dalam tarikh 8 jun 2010, aku menang umah lelong yang aku target....nape 2nd attempt??? ni adalah percubaan kedua aku di dalam lelong rite after umah yang first...dan lagi skali mendapat RP (reserve price)...means takde sape yang lawan aku la....hoho...alhamdulillah...

pasal umah satu lagi yang aku tak jadi masuk tu, mmg ade membe aku masuk...geng2 blog gak...nak dijadikan kisah, ade 5 org bidder tegar utk unit tu...dan ade sorg cina yang sanggup compensate, bayar the other four rm500 each....so 4 org tu pun terima, termasuk la membe aku....bagus gak...kalau lawan pun kalah aku rase sbb bajet die tak tinggi...pandan perdana tu...kompom cine tu lawan kaw2....so, baik balik dengan 500 free daripada lawan tak dapat hape...haha

umah yang aku menang lak, adalah Cemara Apartment, kat seri kembangan sane tu....dekat gile ngan jusco equine....berhadapan dengan Vista Pinggiran yang menjadi kegilaan pembida kebelakangan nih...ye la, tempat ni baru nak naik...sewa pun ok sini...jusco da ade, skang Giant ngan Atmosphere tengah under construction...hoho...

umah aku ni plak, upe2nye, corner lot...ade 2 balkoni (satu lagi dalam master bedroom)....yang lain2 stendet la...3 bilik, 2 bilik air....part2 masyuk adalah, kitchen kabinet da ade 3, langsir free, piring astro free (haha..shit), dinding cat oren baru (nice~~), pastu besar sket dari unit yang lain, ade 10 kaki dry yard free kat blakang dapor....maintenance fee pun mahal sket (rm 100) dari unit2 lain (rm85)...part yang tak bape best lak, ia adalah leasehold (aku tak kesah sangat), dan bumiputera lot (skop pembeli da jadi kecik)....takpe la...tu blakang kire...part super best adalah, RP yang aku dapat beza dalam 40-50k ngan market price...hoho

umah ni mmg kosong, pintu terkopak, pastu ade la minor2 kerosakan yang perlu dibtolkan...aritu aku mengimport perompak2 bertauliah iaitu Fitri ngan Jamal sebagai pemecah umah aku...menggunakan cutter sifu faris dan tuanbri...hehe...so skang da letak solex aku, senang aku nak kua masuk...aku ingat, dalam minggu depan nak sambung api ngan air, so da bleh cuci umah...then baru btolkan mane2 yang patut, pastu fikir step seterusnya...nak sewakan ke...atau nak jual tros....

citer banyak pun tak guna sbb aku da ngantuk....penat runner sane sini tadi...korang layan ini gamba masyuk2 kat bawah....gambo2 ni adalah keadaan asal umah setelah aku menang...nnt aku da basuh terbaeekkk...aku update lagi...zaaasss

p/s : tahniah buat Ain@Alice, dapat keje masyuk di tempat masyuk!!! hehe





Posted by anep@kecixz
Monday, June 7, 2010 at 5:18 PM | 2 comments  
esok adalah hari selase...terdapat acara lelong di tempat yang cukup asing bagi aku...jalan riong bangsar....tah celah mane tah tu...tapi takpe, pakcik google kan ade....jap lagi aku tanye pakcik google jalan terpintar pintas pantas utk kesana...hoho

hmmm...sbnrnye ade 2 unit yang amat2 menarik perhatian aku esok....location?? peh mmg hot....satu tepi jalan utama....satu lagi kat kawasan baru nak naik...masalahnye takkan aku nak masuk 2-2....hatta nak wat 1 bankdraft pun aku kene wat "catuan"....kekeke.....lelongan dari maybank ni slalunye org tak minat, sbb die takmo cover outstanding amount....tapi kali ni maybank agak baik ati sket, nak tolong bayar up to a maximum of 10% from the reserve price...bagi aku da kire ok la...kalau harga umah 90k...die leh cover sampai 9k...peh...slalunye (yang aku jumpe laa) o/s ni dalam 3-4 k je...

berbalik kepada "catuan" tadi....sbnrnye aku tak cukup modal (buat mase skang) nak wat bankdraft...so aku terfikir, inilah mase terbaik utk melihat sape yang btol2 serius nak wat natang ni same2 ngan aku....mmg ramai pon yang da menunjukkan minat...bagos2...mari kite naik same2!!! aku pun tahap newbie agong lagi ni...hehe...so aku decide nak masuk umah option kedua tadi, dan wat pertama kalinya aku JV ngan seorang rakan yang aku percaya....syarat2 perjanjian dan outcome dari JV ni amatlah ringkas....aku doublekan investment die....n die tak kesah aku dapat bape...tu je....ok la since aku start pun dengan terms yang bangang2...(kot?? camne ni sifu?? haha)....diharap, tiada persaingan utk unit aku ni sok...amminnn....

jadi rumah yang tak jadi aku masuk tu, aku pass kat sorang membe baik aku gak...taktau la die nak ke tak...kalau die taknak...aku pas lagi kat org lain...bukan ape...aku sayang dan geram la kalau org lain yang menang (tak kenal) ...penat aku survey, tengok umah, check outstanding bagai...kepada yang nak umah ni, percaya ckp aku...mmg berbaloi...cume tak tau nape....aku nak umah yang lagi satu..haha...andai kate Datuk K hanyalah jiran mak aku sekalipun, kompom aku masuk 2-2 unit pinjam duit die...so, gud luck gak utk sesape yang masuk umah tepi jalan tuh...

jadi...sape kate tak cukup duit takleh start invest??? leh JV maa...tapi nak JV kite kene ade trust...nak ade trust kene kenal2...hehe...jadi marilah kite berkenalan...kuikuikui...aku harap projek JV pertama eksperimentasi aku ni berjaya, dan diharap ia dpt membuka peluang yang lebih luas utk aku dan kawan2 lain yang baru nak start ni....

sama2 kite nantikan keputusan lelongan esok hari....zzaaasss!!!
Posted by anep@kecixz
barang harus diingat....kat sini aku bukan nak ckp pasal PENGURUSAN badan...yang tu korang leh usha rancangan kasihatan kat astro nun....ape aku nak kupas (mak ai) di sini adalah pengurusan kewangan...bak kate Wida, "financial planning is not rocket science"...haha....aku suke! aku suke!

dulu idup aku pun tunggang langgang, duit tak pernah cukup, enjoy tak hingat, utang keliling pinggang 2-3 lapis...kekeke...nasib tunang aku hadir dalam memberikan kesedaran sket2....utang aku setel 2-3 bulan je...selebihnya, gune utk bayo komitmen laaa kan...kete,umah,parent etc...tapi enjoy tetap enjoy....cume da kurang la...tapi ade satu lak sifat aku telah bertambah iaitu shoping....wakakaka...yang ni pelik...beliau jugalah yang menanam sifat mahmudah tersebut dalam diri aku (seingat aku laaa....haha)...

pertama2 skali...SAVING itu amatlah penting...tak gune ko pakai memahal, henpon beribu, tapi nak topup takleh sbb takde duit...kekeke...tu citer duit...kalau takde duit pasal nak ikat perut untuk menyaving, yang tu aku respek...kenape pentingnye saving ni??? nak senaraikan mmg banyak la beb...cth : kawen, bli kete, gi bercuti, blanje kengkawan, renovate umah parent dan berbagai lagi yang semata2 melibatkan pengaliran wang keluar....kata kunci yang terkunci rapi tertutup rapat tersisir semat (apebende nih) yang aku nak hi-lite adalah INVEST...SAVING yang ade apabila kite semai, kompom die beranak...mmg la kan...statement mudah sebegini aku rase anak akak aku pun angguk walaupun die tak paham ape aku cakap....kekeke

sesungguhnya aku berada dalam keadaan rugi, seawal kehidupan kat uni dulu aku da kerja (part time), tapi setelah 3 tahun grad, semua kad ATM aku mcm malu2 je nak masuk slot mesin tu utk kluakan duit...sbb takut terkeluar ayat keramat hikmat 44 "insufficient fund"...kakaka...tunang aku dulu keje kilang je leh saving 7-8k...adeh2...so saving la duit korang tu bia pun sket...name pun saving...nnt lame2 beranak laa...dulu kecik2 korang simpan sehari 20sen semata2 nak beli tamiya bole...takkan skang tak bole kot...hehe

tapiiiii....di sebalik semuanya itu....ade maksud tersirat yang berselirat yang tersembunyi....SAVING adalah utk INVEST bagi mendapatkan CAPITAL yg lebey besar...so pada aku, capital tu la motifnye skang...maka pada hemat serta bisikan firasat pakcik...ade satu lagi cara yang korang leh wat utk dapatkan kesemua di atas....iaitu menggunakan personal loan (PL)...camne??? mari kite teruskan...zzaasss...

aku nak tekankan kat sini pada skala tekanan atmosfera bahawa, cara ini adalah salah pada pandangan sifu2 sekalian dan amat tidak digalakkan dek lantaran nafsu memegang duit yang payah dikawal dalam diri setiap insan (termasuk la aku kdg2)...hehe...caranya amat mudah, PL tadi, dilaburkan sepenuhnya untuk dapatkan return yang lebey besar dari jumlah pinjaman spy dpt wat early setelment PL tersebut, sekaligus mendapatkan capital/saving yang banyak....hoho....mudah?? mane ade bende mudah bro...nak wat website mudah.my pun payah woo...rintangan tu kene ade...cobaaannnn....haha

invest ke mane?? bole masuk ASB, tunggu return sampai lebey PL, bayo balik...tapi ni aku rase tak berapa praktikal...mayb ade lagi cara2 lain...ape yang aku buat...bli umah, jual balik dengan profit double dari modal td...so katakan PL aku 15k, jual umah agar profit 30k...so ade 15k yang ko leh pakai sesuka ati...bole dikatakan adalah luck jugak aku dapat wat camni under 4 month...tapi thanx 2 all cikgu2 sekalian (pie, faris, bri)...aku menggunakan ajaran derang pakai method yang agak bertentangan (iaitu PL)...hehe

tapi kire sket tu PL 15k...ade yang wat 80k, 130k pun ade aku jumpe..leh tahan ke tgk duit tu?? setakat sambar laptop baru 2k....banyak lagi baki 128k tuh...hehe...(contoh2 pemikiran berhaluan kiri yang patut dielakkan)...so terpulang pada nafsu dan kemampuan mengawal diri memasing...aku bagi contoh serta ikut situasi aku yang agak terdesak....banyak lagi kreativiti yang bole dicuba....bagi aku cara ni tak creative langsung...tapi high risk..sbb korang melawan arus perdana yang paling deras di dalam bentuk INTEREST....PL punye interest tinggi woo....

at the end...dapat duit tu, bayo la cukai...zakat (penting2)...bli ape2 utk diri sendiri...yela...kene reward diri sendiri gak...hasil usaha tuh...tapi jangan blasah sume...dan selebehnya....invest kembali...investor terkenal ckp (aku tak ingat sape), care nak tgk duit beranak cepat adalah dengan inject ur profit into ur investment portfolio....lebey kurang la...tak tau la kalau investor tu tengah citer pasal fuel injection ke, inject body immune tu ke, pastu aku yang salah paham....

jadi...tepuk wallet, tanya kad ATM masing2....keskeskeskes....zzaaasss!!
Posted by anep@kecixz
sedar tak sedar da bulan june da pun...bermakne separuh dari tahun 2010 telah pun meninggalkan kite...ceh...da macam fadzilah kamsah lak ayat aku ni...jadi aku nak senaraikan target2 aku samada yang telah tercapai, dalam proses, mahupun yang masih samar2 lagi....ini sume penting utk aku keep track pada ujung tahun ni utk aku nilai diri sendiri sedang berada pada tahap mane....ye la...dulu aku idup hanya "hari ini utk ari ni...sok utk sok"...skang ni aku nak ubah sket...ade target...ade motif...ade plan...ade...ade...macam2 adaaaaa...hahaha....zzaaaassss....

bermula dengan target2 yang telah terlaksana...

1. kerja
kerja yang ada skang mmg da lame aku impikan...dengan income yang leh tahan....dan cuti yang tak bole tahan...wakakakaka...mane taknye...2 ari keje...2 ari cuti....bermakne sebulan 15 ari keje...setahun 6 bulan!!!...amat banyak mase terluang dan rugi jika tidak digunakan...maka aku gunakan ia utk investment yang pada aku paling terbaek...property!!

2. kereta
hehe...puas pakai moto sejak blaja...aku trus sambar kete 2-3 ari lepas masuk tempat keje baru....myvi sengal berwarna grey....yang mane aku beri name Kit...haha...tapi oleh kerana masalah2 serta situasi yang telah merobah segalanya (ewah)....aku telah bagi kakak kepada tunang aku menggunakan myvi kesayangan tersebut...die ckp nak bli...tapi wat mase skang die sambung bayar je....sayang wooo myvi tuh....banyak kenangan kitorang...hehe....takpe la...ade rezki kat kete lain agaknya...miahahahaha

3. tunang
ini tak termasuk dalam plan aku sbnrnye...haha...terfikir tu ade...tapi bende ni berlaku pantas...dengan ayah aku yang mmg berfikiran pantas...maka selepas pertemuan parent kali pertama, bende ni trus jadi target aku...dan telah selesai dengan aman....so lepas ni kompom target kawen lak ye tak??? takpe tu cerita jap lagi...haha

4. rumah
seperti entri yang sebelum ni...aku telah pun terangkan macam mane aku bli umah lelong tersebut...so takyah bebel panjang sini...ni adalah target aku yang latest...dan yang paling latest ni pun telah tercapai....maka mari kita bergerak ke section seterusnya...

kemudian target yang sedang di dalam proses pembikinan...

1. jual semula rumah
untuk mendapatkan cycle penuh beli-jual umah ni mungkin makan mase 5-6 bulan kot...tak kesah la janji duit dapat sebelum aku kawen...haha...buyer pun da ade....tinggal aku nak rembat duit booking 3% je minggu depan...harap2 dapat laaa....

2. err...err...hmm
tu je kot yang dalam proses?? takkan nak citer proses aku membeli barang2 hantaran lak?? haha...ok2...kite bergerak lagi....zzaassss

disusuli dengan target2 yang masih belum terlaksana

1. mendapatkan rumah ke-2
skang aku kembali ke fasa lama....ranjau seorang anak kota meredah jalan mencari lorong demi lorong menjejaki sebuah rumah lelong...hehe...aku da kembali aktif wat bank draft, sampai officer bank pun da start kenal sembang2 ngan aku...tak lame lagi aku rase aku takyah beratur da kot...haha...setakat ni aku asek kalah je....biasa la...adat lelong la tu....pembida2 skang sume ganaz la aku tengok...sanggup lawan nipis2 harga market price....adoi....aku tak paham ape motif derang masuk lelong....takpe...minggu depan aku nak try masuk certain2 unit...wish me luck!! ooppss...motif umah kedua masih lagi flip...utk mengcover duit personal loan, plus, mendapatkan sejumlah cash yang bersih utk menjana pasif income yang seterusnya...hehe

2. overdraft against ASB
seperti juga bebelan aku sebelum ni...step aku ni da tunggang terbalik....slalunye investor akan wat bende ni dulu...bende ni da popular da skang...even yang tak wat pape pun wat OD gak...haha....tapi takpe....asalkan wat, tak kesah giliran no bape...ye tak?...plan aku adalah menggunakan profit dari jualan umah pertama, ditambah duit yang aku kumpul sket2 dalam ASB, lalu apply OD utk 50k...ni semata2 makan dividen je...sbb kalau ikutkan, 50k tu akan susut sangat cepat dari OD aku...hehe...tapi takpe...ia akan motivatekan aku supaya penuhkan OD ni balik dengan kadar kelajuan sang unta....sbb aku takmo kene interest banyak2....haha...tapi mayb jugak aku akan campur2 skil lain dalam apply OD ni...cth, pecahkan sijil, dan sebagainya...tu nnt kite citer panjang dalam entry OD yang sebenar...hehe...tungguuu

3. kawen
of cos la...da tunang...takkan tak kawen lak...so planningnya aku kawen bulan 11 insyaAllah...duit tu takyah citer la...mmg kelam kabut pusing die...tapi pakej kawen da booking siap2...photographer pakai membe aku je...kad kawen, akak aku yang print...bunga2 utk tetamu sume, mak aku dan makcik2 yang lain setelkan (derang mmg wat bisnes ni...hehe...promote2)...barang2 hantaran tengah bli sket2...PA mungkin akan pakai membe aku yang bukak studio jamming...catering lak, pakcik aku kat batang kali tu aa...haha...sume pakai kabel abes...senang citer...tunggu la entry bulan 11 pasal majlis aku lak...haha...ok stop

4. rumah sendirik
yang ni aku taktau kategori ape nih...mayb datang dari lelong, mayb subsale, ataupun mayb masih menyewa....haha....sbnrnye bab ni aku tak kesah mane satu...n tak kesah jugak kecik mane pun....sbb aku ngan tunang aku pun kocik yoo...haha....cuma aku takmo umah tinggi pastu takde lif...tobat ah mcm umah aku skang...gigil lutut balik keje pepagi panjat tangga...cess...aku dapat rasekan aku akan menyewa...hehe...takpe...harap2 nnt pasif income aku leh kaber sket2....ganbatte!

5. kawasaki er6n
hahaha....aku kalau pk pasal moto ni mmg takleh tido malam...kepada yang tau, tak perlu aku terangkan kenape aku nak moto ni...kepada yang taktau bia aku terangkan...haha...(bek cakap trus ye tak?? zzaasss)....badan aku yang kecik membataskan aku menaiki superbike dan sportbike yang lain...tapi dengan er6n chumel berkuasa tinggi ni je yang pada aku amat padan...mmg ramai ckp tak puas la ape la...takpe...abaikan itu sume...aku bukan speed demon pun....ride santai suda....stakat balik serendah ke, kuala selangor ke....aku rase tenang lagi kot...haha...yang ni aku target dalam mase kurang setahun....mudah2an jalanku dipermudahkan...amiinn~~

aku rase cukup la tu target2 utk 2010 ni....kalau nak list target aku sampai 2034 mmg banyak....penat aku nak tulis kang...lum masuk nak bukak kilang kicap, bermain pasir di antartika, makan malam bersama unta laut, menyertai kejohanan lompat pokok sedunia....haih...takpe kite stop kat sini dulu...aku kene fokus dalam mencapai target seterusnya....ape target aku tadi??? ceiss...kejap je da lupe...ni sume korang punye pasal....haha...chiowz...zzaaasss...
Posted by anep@kecixz
Thursday, June 3, 2010 at 2:12 AM | 2 comments  
yaaa....setelah kehilangan aku selame beberapa berbulan...aku kembali "menyapu habuk2 yang telah berkumpul" di dalam blog aku ni...haha...terasa malam ni macam nak membebel memandangkan sistem kat opis aku ni pun lembap selembap perarakan kura-kura sedunia....dan aku berazam untuk sentiasa membebel di sini agar tiada kesan kotoran degil yang hinggap pada blog aku yang tak seberapa nih...jadi biar la aku terangkan dulu ke mana aku ilang setakat nih...

28 february 2010....aku telah bertunang...hehe....semudah pernyataan pertama itu, selancar itu jugalah majlis pertunangan kami...sumenye sempoi...majlis dan lauk pauk juga sempoi...tak kurang juga tetamu sempoi yang datang menjayakan majlis tersebut yang bertemakan pink....(aku pakai baju pink?? naseb baik baju raya 5 taun lepas mmg warna tu)...hehe...

3 march 2010....aku telah memulakan langkah pertama di dalam bidang hartanah...tarikh yang pada asalnye tidak memberi apa2 makna telah mendatangkan tuah (syukur alhamdulillah) apabila aku mendapatkan rumah lelongku yang pertama....the best part is, i'm the only bidder!!! (means...menang tanpa perlu bertanding...hehe)....kat sini biar aku terangkan beberapa fakta menarik rumah aku nih...

apartment sri damansara court (sri damansara = hot area) , 866 sq ft (agak selesa da tuh)...bertitle freehold (slalunye apartment adlh leasehold), tiada restriction BUMI UNIT (means bangsa lain pun leh bli), reserve price (yang aku menang) adlh RM103,500 di mana MARKET VALUE yg sebenar around 130-140k, da siap renovate (kitchen kabinet), aircond free kat master bedroom, and already tenanted!!!! (penyewa yang sangat sharp bayar setiap 1hb)....huh....utk sebuah rumah yang di beli pertama kali...aku mmg sangat bersyukur dah...amminnn...

so, secara teorinye....on paper je aku da untung beberapa puluh ribu di situ....memula fikir takmo jual la kan...buat sewa pun cantek gak memandangkan penyewa aku ni sifatnya mcm sama ngan bank...sharp! siap msg aku tanye "bile nak kene bayar sewa nih??"...haha...tapi, niat asal aku utk membeli rumah pertama ni pun adalah utk flip (beli dan jual semula) untuk mendapatkan segedebuk cash yang banyak....lalu tanpa banyak bual bicara, aku pun decide nak jual umah nih...kat sape??? kat penyewa aku tu la...kakakakaka...pasal die da sayang da ngan umah tu, takmo klua...da 3 taun menyewa...lantak ko la...aku tolak rm135k je bagi memudahkan lagi situasi kedua2 belah pihak...

setelah membuat kiraan lengkap menggunakan calculator yang dipinjam dari meja sebelah, aku dapati bahawa usaha kali pertama ni berjaya mencapai target...di mana aku nak dapatkan duit utk kawen, bayar penalty, cukai property, lawyer, dan bayar balik personal loan aku...mmg cukup...masalahnya...ia adalah CUKUP-CUKUP (sebuah kata ganda yang agak kurang digemari pada abad ini)....haha...jadi aku tuka plan, sume tu aku setelkan kecuali personal loan...di mana menggunakan cash yang same...ulangi proses lelongan yang same utk kali kedua bagi mendapatkan capital yang lebey besar di atas name aku dan bukanlah name bank (melainkan name aku dalam ic adalah BANK RAKYAT...shit...ade kene mengena ke?)...hehe...

jadi sementara proses penjualan rumah pertama sedang berjalan, aku telah pun mule bertanya "ape kate survey" terhadap rumah kedua...haha...pencarian rumah 2nd juga haruslah strategik supaya segalanya boleh berjalan lancar dan cepat....barulah aku akan proceed ke step OD (overdraft)...actually bagi seorang investor, step aku ni da tunggang terbalik....tapi takpe...objektif nya tetap same...untuk generate pasif income...selagi tujuan tercapai, aku rase tak kesah pun nak ikut jalan mane, samada jalan dalam ataupun lebuhraya...

bulan june ni, listing lelong aku tengok sumenya menarik...yang tak menarik adalah susah nak dapatkan harga2 yang menarik tu...sbnrnye bagus la, ramai org kite da mule sedar ttg hartanah...jadi, mari kite tengok sape yang kena!!! owh my 2nd house...dimanakah di kau~~~ hoho
Posted by anep@kecixz
to ain nia:
hehe...so i guess u already got my 'present' rite?? now here's the story....it was suppose to be easy since friday(tomorrow) u'll be working while i'm on holiday...but my plan tetibe jadi kelam kabut sbb u already apply for a leave (i know this is my fault since i'm gatal2 persuade u to take a leave in the first place!!! duh...)...haha...nevermind, i'll juz save the plan for so many years to come...hikhik

but looking at a different perspective...i bet u'll get so many birthday wishes 2moro from ur frens and family, and they'll probably compete each other to be the first....but i'm SURE there's nobody EVER wishes u a HAPPY LAST-24-YEARS-OLD DAY rite??? (cuz if i'm wishing u 'hepy besday' today it'll be cheating and not fair to the others =p )....so this is my lil' surprise...though its not much, i hope u like it!

again...Happy Birthday in Advance, and i luv u till the end!!! mmuuaaahh!!! ;p

here's a lil' sweet poem for u...though its not me that creatively created it....but trust me, its realy2 the simplest spontaneous deep yet funny way to tell u what's in my heart...

Diamonds I can’t afford to buy
For your birthday which is coming by
As you know I’m just an ordinary guy
With money being in short supply
But I have affections that pile high
And love that reaches all the way to the sky
With you my love and affections will lie
No matter how the years fly

There are things I'd like to say
to you my love on your special day:
I am forever thankful God sent you my way.

Yes, we've endured our share of pain,
but together we have so much to gain.

Bigger mountains may lie ahead,
but together there is no hill we can not tread.

So always remember my love for you,
and there is nothing together we can not do.
I'll be here forever - my love is true.
The person beside me, that would be you.


I Love You...

to all of u guyz (is anyone really reading my blog???? haha) :

here's what i do for my notty kitty cutie gurl here...so u guyz can get an idea for ur loved ones...hihi

buy a few slices of secret recipe's cake, together with a cup of tea/coffee n tell them (the staff) to deliver it to her office (luckily they were in the same building..hehe). attached is a card, with "plz accept this coffee break as a present and u've won an exciting trip with a guy tomorrow that would love to meet u. u can contact him at 01X-XXXXXXX (<<--- my number)" written in it...

thats it!!! yeah i know....its so simple....like i said, its not much...but if u realy put ur heart into it, i'm sure it'll means sumthing to them...gud luck! =)
Posted by anep@kecixz Labels:
good things come to those who wait...