Wednesday, December 4, 2013 at 11:36 PM |  
4 may 2009 - 30 november 2013

hampir 5 tahun gak aku keje kat SCAN Associates Berhad ni. rase macam baru tahun lepas aku start. jadual kerja agak aneh iaitu 2 hari kerja 2 hari cuti, bermakna sebulan aku keje 15 hari. dalam sehari, betol2 buat kerja dalam 4-5 jam. maka amat logik jika aku merasakan baru bekerja selama setahun. silap2 hanya 8 bulan.

banyak yang aku pelajari disini. antaranya bagaimana menembak zombie, teknik menentang pengganaz selaku counter terorrist, cara2 mengular dengan berkesan, donlod muvie dengan kepantasan bunyi, dan paling agong adalah meng-hijack status facebook member tatkala beliau terlupe logout. sayangnya, aku terlupa memasukkan kesemua item2 berharga itu ke dalam latest resume. kalau tak, pasti aku dah pegang jawatan Project Manager di Petronas skarang.

dalam team aku memang ramai senior. ada yang dah kerja 8 tahun. jadi perasaan time last day tu amat sukar digambarkan. Khairil Anwar musti keluar ke tandas selang sejam. mungkin dia curi2 nanges. mungkin. Nik Syamsuria awal2 hidung da merah. aku tak tau dia sedih ke atau selsema. namun aku yakin air mata Nur Adibah Najihah ada mengalir. dan jumlahnya menyamai botol susu kecik anak aku. aku? aku macam biasa. senyum kontrol kool. imej rockerz beriman harus dikekalkan.

sambutan hari2 terakhir dijalankan 2 malam berturut-turut. malam first kami makan di al-rawsha ampang dengan membawa keluarga masing2. sementara kaum ibu dan wanita menunggu makanan sambil bergosip di meja, kaum bapa mengambil kesempatan membawa anak2 bermain di playground, hampir dengan meja. situasi aneh ini jarang dijumpai dalam kancah masyarakat sekarang. lelaki bujang juga turut serta dalam usaha membangkitkan kesedaran sifat2 mahmudah seorang bapa di dalam diri. namun sebiji gelongsor comel di situ hampir ranap dinaiki Wan Aizat yang merasakan berat beliau hanya 43kg.


tengok gamba kat atas ni. info tambahan, budak kecik kat tengah yang bergambar dengan Syafiq tu adalah anak aku. mungkin beliau merasakan tak berapa market berposing seorang diri.

keesokannya, hari terakhir bekerja, banyak dihabiskan dengan perbuatan mengular yang tidak berpenghujung. makan, main game, bersembang dan makan semula menjadi aktiviti wajib. tapi yang menjadi paling wajibul ghunnah adalah menangkap gambar. aura perpisahan terasing makin terasa, maka gambar2 yang hendak diabadikan harus ada ciri2 autentik dan bombastik.

dibawah adalah gambar paling seni yang dapat diambil, diinspirasikan oleh boyband zaman 90an seperti BackstreetBoys. menggunakan henset samsung Nurul Izzah, gambar menjadi tak berapa nak clear. tapi disebabkan cahaya keinsafan semua orang yang begitu menyerlah, maka pixel yang terhasil masih dapat diterima akal yang waras. aura kesesatan Hariz Zhafri paling tertonjol disini, selaku ketua geng 6 jahanam.




malam itu, dinner kami ditaja SCAN bertempat di Putrajaya Seafood, tepi tasik. suasana romantik yang cuba dicipta oleh kapel2 sebelah-menyebelah, berjaya dihancurkan oleh riuhnya table kami. dengan tahap desibel yang hampir tak terkawal, kesemua makanan berjaya ditewaskan oleh tekak masing2. senda gurau masih diteruskan walaupun mengundang riak muka jelez daripada pelayan2 disitu. aku mengagak team pelayan tersebut tak semeriah team kami. aku yakin.

sesi bergambar rasmi pada malam itu, yang tidak diinspirasikan oleh mane2 boyband, ditamatkan dengan masing2 bersalam berpeluk bercium berpesan2 namun tiada yang bertumbuk. alhamdulillah. aku masih senyum. kelat.

tipu itu suatu dosa. sebab tu aku tak nak tipu dengan bersifat munafik mengatakan aku tak sedih. aku sedih. tapi yang paling sedih, 2 hari selepas dinner ni, aku da start keje baru. bile aku nak rehat woi!!!???



p/s : the ohsem Team B....Razaidy, Nur Adibah Najihah the pening gurl, Redza sang imam, Anas yang kecoh, Syafiq atokmalaya acacacai, Suria touch down, Izzah penjepunan, Wan Aizat si toyol, Hariz the zunge, n lastly Khairil Anwar the best team leader....thanx guyz~
Posted by anep@kecixz

0 comments:

good things come to those who wait...