Friday, November 22, 2013 at 12:36 PM |  
selaku anak bongsu soleh dengan didikan agama yang cukup, tidak pernah terlintas di kepala otak aku untuk berbuat perkara yang boleh memalukan keluarga. tapi apabila kemahuan dan kehendak aku bertentangan dengan peraturan dan sosio norma kehidupan keluarga, maka sedikit perincian jenayah harus dilakukan.

antaranya merosakkan radio lalu berlari ke rumah jiran bagi mendapatkan bukti alibi, menggemparkan taman dengan kehilangan aku yang sebenarnye sedang sabar menunggu durian jatuh, membakar langsir rumah dengan niat murni untuk menghalau nyamuk dan macam2 lagi.

tapi aktiviti paling banduan pernah aku buat adalah keluar rumah di tengah malam hanya untuk sesuap teh tarik. kenapa aku cakap paling banduan? mungkin kat umah orang lain, memang senang nak keluar malam tapi tidak di rumah aku. aku kene cabut wayar tepon supaya tak berbunyi tgh malam dan mengantoikan kelesapan aku, sendal pintu dengan suratkhabar agar senang masuk balik sesenyap mungkin, keluar ikut tingkap belakang yang jauh dari bilik parents, dan tolak moto sejauh 50 meter sebelum start enjin bagi mengurangkan pencemaran bunyi di tahap paling minimum. betapa besarnya pengorbanan aku terhadap teh tarik.

tapi itu semua antara jenayah tahap menengah yang aku latih tubi hingga berjaya di peringkat universiti, merangkumi jenayah di dalam pelbagai bidang. semuanya bermula ketika darjah dua, sewaktu aku bertatih dalam aktiviti petualang ini.

yang menghubungkan umah aku dan kedai runcit adalah sebuah titi. titi ni sebentuk objek yang tiada penghadang atau pemegang diri dan kanan, dan dibawahnya sungai bercampur lumpur sket. sebelum titi adalah sebuah cerun dengan sudut 45 darjah dan agak tidak lurus bentuk geografinya.

niat murni aku pada petang itu untuk membeli tora dan aiskrim potong, bertukar jahanam apabila aku jatuh daripada titi usang tersebut, menjunam ke dalam sungai dengan tarikan graviti yang agak hebat. basikal aku seolah2 lebih berfikiran jauh daripada aku. tanpa belas kasihan, ia menghempap aku setelah melihat aku terkapai2 dalam membuat cubaan bangun sepantas mungkin. hasilnya? baju seluar kotor nak mampos dengan lumpur. namun luka2 berada pada tahap minimum disebabkan paras air sungai telah menyerap hentakan daripada insiden bodo yang berlaku.

setelah berusaha mengeluarkan basikal jahanam tersebut dari sungai dengan bantuan jiran2 yang lebih tua, aku berjaya pulang ke rumah untuk meratap nasib aku yang tak berjaya menikmati aiskrim potong. tapi sebelum tu, segala bahan bukti harus dihapuskan terlebih dahulu, sebelum mak aku merangkap inspektor jalanan dapat menghidu kejadian tak bermoral yang berlaku. nescaya akan bertambah kesakitan yang akan aku lalui pada hari ini.

dengan pantas aku mandi, siram basikal lebey kurang dengan penuh dendam, touch up sket2 luka yang ada. dengan aksi yang angkuh, aku duduk depan tv tengok cerita hindustan. kedengaran bunyi enjin kereta di luar menandakan inspektor jalanan sudah pulang dari opis. rilek..rilek....aku kontrol muka cool sambil buat2 teruja dengan aksi bedebik bedebuk hindustan.

inspektor jalanan masuk rumah, terus ke bilik tak menghiraukan aku mahupun hindustan yang diminatinya. penat la tu. bagus la, baik die layan penat daripada dia siasat tragedi oktober yang baru berlaku sebentar tadi. selang beberapa minit....

"adiikkkk!!!!! ape yang ko daa buuuattt niiiii!!!!!"

cilakak, baju berlumpur tadi aku lupe basuh dalam bilik air. dengan pantas aku berlari ke dapur, menyamar jadi peti ais.

Posted by anep@kecixz

0 comments:

good things come to those who wait...