Friday, November 29, 2013 at 12:47 PM |  
ok, tajuk di atas agak misleading....tajuk yang sebenar adalah "AKU KAHWIN". ya, 3 tahun yang lepas 27 November 2010 aku bernikah dengan rasminya dan menjadi suami yang mihtali. aku dinikahkan time asar oleh seorang ustat yang aku tak ingat name die. ustat ni memang hebat. ustat yang seorang berjaya membuat berpuluh2 orang jadi gelabah dan kelam-kabut. dengan selambe dia tukar waktu nikah aku dari pukul 11 pagi ke pukul 4 petang, last minit. heh, mmg saje nak buat aku berpeluh ustat ni.

antara yang aku ingat, dalam khutbah nikah tu, die sarankan agar suami isteri mandi bersama. lebih erat katanya. mungkin die nak buktikan kata2 dia, dengan penoh kompiden die toleh ke arah bapak mertua aku dan shoot soalan cepu mas.

"pakcik penah mandi bersama dengan makcik?"

loh, bapak mertua aku terkulat2 dengan suasana getir yang dihadapinya. lantas mak mertua aku yang duduk tidak berjauhan, tampil menyelamatkan keadaan dan maruah suaminya.dia jawab "pernah". hadirin yang lain aku tengok ade yang berharap supaya ustat bertanya soalan sama kepada mereka pulak, namun mungkin mereka tak berapa bertuah.

tiba part salam nikah, aku request tak perlu berlatih rehearsal bagai. nampak sangat tak sabonye aku ni. ape plak, penat aku prektis depan cermin hari2, nak prektis ape lagi. maka aku buktikan kepetahan aku dengan skali lafaz, dan sah lah aku menjadi seorang suami. tanpa mempedulikan 2-3 ekor awek yang menjeling2 manja, aku teros sembahyang sunat kat saf depan. fotografer plak sebok amek gambo time aku solat, terpaksa aku kontrol gerak-geri dengan penuh berhemah. saje nak buat aku tak khusyuk la tu. ceh

malam pernikahan itu adalah malam paling membahagiakan. setelah siap aku mandi basuh kaki sume, dengan penoh berhati2 aku melangkah ke kamar tidur. aku pastikan setiap langkah aku disusun kemas. sambil mengimbangkan badan, aku rebahkan badan ke katil se'gentle' yang mungkin. selimut aku tarik perlahan...lantas.....

lantas aku tido la!!! penat woi kesana kesini, esok nak kenduri bersanding lagi. oh lupe nak bagitau, aku tido hotel sensorang malam nikah tu. bini aku kat umah bapak die. hehe. esok malamnye, barulah sebumbung secara rasmi. tapi tu aku maleh nak cite.

dipendekkan cite, skang da tiga tahun kawen, da ade sorang anak, dan ade lagi satu on the way. cite banyak tak guna. aku ada buat lagu untuk anniversary kitorang. lagu terencat. layan video kat bawah. zaassss!!

k3cix - MAGGI ITU MILIK KITA


k3cix - LAPARMU LAPARKU JUA



Posted by anep@kecixz

2 comments:

nia said...

Awak nih..ustaz tu mntk tuka from asar to kol 11am la..tu psl rmi x dpt dtg time kite nikah..ceh! Sy paham da 3 tahun..memory pn da kurang kn..kihkih..love u till Jannah gitew.. :p

November 30, 2013 at 5:35 PM  
nanep said...

loh!!!! sory2....awak kan paham saya ni short term memory loss....apetah lagi da 3 taun....wakakakaka...tenkiu2 ;p

November 30, 2013 at 5:40 PM  
good things come to those who wait...